Laman Utama

Impressive! Ini Pengalaman Berada Di Jurong Bird Park Secara Virtual!

gempak
Hanafis Haris
22/09/2020
11:31 MYT
Sponsor Banner
Impressive! Ini Pengalaman Berada Di Jurong Bird Park Secara Virtual!

Ketika musim pandemik COVID-19 ini pastinya ramai yang terkesan apabila hampir kesemua pergerakan dan aktiviti menjadi agak terhad.

Buat mereka yang berkeluarga, pastinua masa yang terluang selalunya lebih di rumah berbanding luar.

Namun, tahukah anda sebenarnya, banyak perkara dapat dilakukan secara virtual termasuklah memasuki Zoo atau taman haiwan?

Untuk pengetahuan, Wildlife Reserves Singapore (WRS) telah pun melancarkan lawatan secara virtual untuk melihat dengan lebih dekat keunikan haiwan di sana.

Tambah menarik, anda juga boleh menikmati keunikan tersebut seperti mana apa yang ‘dihidangkan’ sebelum ini di Jurong Bird Park!

Menarik bukan?

Gempak berkesempatan untuk merasai pengalaman berkenaan dan ini antara yang anda perlu tahu.

Untuk memasuki lawatan virtual itu, anda terlebih dahulu akan diberi satu pautan yang menyambungkan kepada platform atau aplikasi Zoom.

Sebaik masuk ke dalam platform itu, anda pastinya akan terkejut kerana anda akan disambut oleh pasukan WRS yang bertanggungjawab memberi penerangan dan membawa anda melihat sendiri haiwan di sana.

Pengalaman ini dibahagikan kepada beberapa bahagian membabitkan haiwan yang berbeza-beza.

Berikut merupakan senarainya :

• Capybara & Great White Pelican (River Safari)

• African Penguins (Singapore Zoo)

• Oriental Pied Hornbill & White Cockatoo (Jurong Bird Park)

• Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw, Toco Toucan (Jurong Bird Park)

• Great Horned Owl, Asian small-clawed Otters & White Raccoon (Night Safari)

Gempak memilih Night Safari dan ternyata ia memberi satu kepuasan berbeza apabila penulis dapat melihat sendiri Great Horned Owl, Asian small-clawed Otters & White Raccoon.

Paling tak mahu duduk diam pastinya Asian small-clawed Otters atau memerang kecil. Aksi lincahnya pasti membuatkan anda terhibur!

Setiap haiwan diberi penerangan terperinci mengenai habitat dan cara penjagaan mereka.

Paling mengagumkan adalah gaya kamera dan visual yang ditampilkan membuatkan anda terasa seperti berada di sana.

Malah, pengalaman ini dirasakan sangat sesuai buat pencinta haiwan mahupun untuk kanak-kanak dalam menambah pengetahuan dan ilmu mereka.

Harga untuk sesi interaktif ini bermula SGD$50-SGD$250 dan ja merangkumi sumbangan kepada usaha WRS untuk menjaga dan melindungi habitat liar di asia tenggara.

Untuk menempah, anda boleh layari laman web di sini.


Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live