Sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan yang jika seseorang itu ingin hidup dengan selesa selepas bersara, mereka perlu memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM900,000 hingga RM1 juta.

Begitupun, menurut Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, melihat pada simpanan RM600,000 hanya 4 peratus dalam kalangan rakyat Malaysia yang mampu untuk bersara.

Namun, target simpanan itu berubah mengikut lokasi dengan jumlah yang diberikan adalah andaian jika seseorang itu tinggal di Kuala Lumpur selepas tidak lagi bekerja.


Menerusi perkiraan, bersara di Alor Setar, Kedah sebagai contoh hanya memerlukan simpanan sebanyak RM480,000 sahaja.

Dalam pada itu, tambah Nurhisham, selebihnya 96 peratus ahli KWSP tidak mampu mencapai target RM600,000

Berdasarkan unjuran semasa, individu yang sudah bersara memerlukan RM2,450 sebulan untuk keperluan asas.

“Berdasarkan jumlah yang kami dapat daripada DOSM, kira-kira dua pertiga warga emas adalah dalam kumpulan B40 dan lebih 85 peratus warga emas adalah dalam kumpulan B60.

“Jadi jelas sekali kemiskinan usia tua adalah masalah yang kita hadapi. Ia bukan krisis pada masa hadapan, ia adalah krisis hari ini,” katanya.

Sumber: BFM

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!