Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Individu Ceroboh Rumah Aeril Zafrel Tampil Mohon Maaf, Nafi Letak ‘Barang’ Sihir

Umirah Halim
23/06/2024 10:43 MYT
Pelakon Aeril Zafrel membuat pertemuan bersama individu yang didakwa menceroboh dan menghantar ‘barang’ sihir ke kediaman mereka.

Aeril atau Suhairil Sunari,36, tampil memperjelaskan isu sebenar mengenai situasi tersebut.

Hanya panjat pagar

Jelasnya, individu tersebut merupakan anak istimewa yang hanya gemar memanjat pagar kediaman orang.

Malah, katanya individu tersebut turut menafikan telah meletakkan barang sihir tersebut.

“Semalam saya ada post berkenaan budak laki panjat rumah saya dan letak barang sihir.

“Dan petang tu juga mak dia bawak anak istimewa ini datang berjumpa saya untuk meminta maaf.

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

“Berkenaan barang sihir budak ni cakap dia tak ada letak. Jadi kemungkinan bukan dia yang letak.

“Tapi peristiwa ini ada hikmah di sebalik nya. Kalau budak ni tak panjat rumah saya, saya tak ade la nak check kawasan rumah tu dan tak jumpa la barang sihir tu.

BERITA TRENDING: Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

BERITA TRENDING:Pernah Alami Kejadian Mistik, Setanggi, Dawai, Kemenyan Antara Barang Yang Pernah Keluar Daripada Badan Aeril Zafrel

BERITA TRENDING: "Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

BERITA TRENDING: Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

BERITA TRENDING: Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri


“Apa-pun semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk saya, ibu bapa budak ini dan utk semua. katanya budak ni peminat saya tu sanggup panjat pagar sebab suka hehe,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Terdahulu, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah membuat laporan polis susulan menemui batang pinang serta kulit limau yang dibakar di kawasan kediamannya.

Wawa juga pernah membuat pendedahan bahawa dia dan Aeril sudah beberapa kali berdepan situasi di mana ada pihak cuba melakukan perbuatan sihir terhadap hubungan mereka.
#Sihir #Rumah #maaf #Aeril #Ceroboh #Zafrel #Mohon #Letak