Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
Amri Hassan
05/06/2024
06:46 MYT
Sponsor Banner
"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.
Jelas Wawa, melakonkan watak wanita hamil ketika keadaan sebenarnya sedang sarat mengandung punyai cabaran tersendiri.
"Saya sebagai penampilan khas sahaja, masa itu mereka tak cukup pelakon. Pada awalnya, memang tak nak pun sebab sudah nak bersalin waktu itu dan takut juga.
"Beberapa hari lepas lakonan itu, saya bersalin. Sebab itu saya takut untuk ambil watak itu, ada aksi yang perlu tendang dan tampar tambah pula dengan keadaan hujan lagi.
"Babak itu saya dan Hayla (anak) menggigil dalam keadaan kesejukan sebab penggambaran dari jam 12 pagi sampai ke subuh.

"Memang saya nak bersalin sebab dah minggu terakhir kehamilan. Rasa dah hampir terberanak di situ," katanya kepada Gempak.

Wawa ditemui pada majlis pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

Novel yang menggunakan judul sama itu ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang

Pelakon yang juga penerbit filem itu Aeril Zafrel berkata, penerbitan novel ini membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.
“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.
“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami alur dan makna ceritanya dengan baik. Ini menunjukkan betapa hebat dan lengkapnya penceritaan dalam novel ini.
“Sebenarnya, menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Novel ini seolah-olah menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam. Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelami dan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.

Manusia bersifat kebinatangan

Menurutnya, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.
"Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.
“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya.
Novel dijual pada harga RM33.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM35.90 (Sabah dan Sarawak).

PILIHAN PEMBACA: "Saya Tak Halalkan..." - Wawa Zainal

Filem Abnormal Buas bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 20 Jun itu, menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air antaranya Aeril Zafrel, Kodi Rasheed, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.
Filem tersebut merupakan terbitan kedua Respected Netizen Sdn Bhd setelah Sabda Kekasih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live