VIRAL
Individu Dakwa Kieda Crepe ‘Team’ Dewi, Ini Respons Tuan Badan - “Cerita Rumah Tangga Orang Lain, Tiba Naik Nama Kita Pula”
Nama pempengaruh dan usahawan Kieda Crepe tiba-tiba menjadi sebutan di platfrom Thread selepas seorang individu mengaitkannya dengan isu hangat melibatkan Jofliam, Cik Epal dan Dewi.
Team Dewi
Menerusi perkongsian di Thread, individu itu mendakwa Kieda menyokong isteri kepada pempengaruh Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi dari awal kontroversi tersebut tercetus.
“Ya Kieda itu memang team Dewi Samtot dari awal lagi,” tulis individu itu.
Terkejut tiba-tiba nama dipetik, Kieda tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil tahu tentang masalah orang lain.
Nama dipetik
Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda memberitahu media sosial merupakan hak individu dan dia bukan orang yang menyibuk tentang isu orang lain.
“Sorry, dekat Thread naik nama Kieda team Dewi? Aku ni selama mana isu depa tak pernah ambil tahu. Lalu ada benda aku like ada benda aku scroll, nak komen lebih-lebih bukan jenis aku.
“Kawan aku ramai saja yang like post si Dewi tu, hak masing-masing la media sosial masing-masing. Tengok dan ambil pengajaran saja jenis aku ni,” jelasnya.
Fokus kehidupan
Pada perkongsian yang sama, Kieda turut menegaskan dia hanya memberi tumpuan kepada kehidupannya tanpa mencampuri masalah rumah tangga orang lain.
“Aku sendiri ada suami, aku sendiri ada keluarga. Aku fokus hanya dengan kehidupan aku saja. Tu kata mudah saja buat dosa zaman media sosial, fitnah hujung jari semudah ABC.
“Cerita rumah tangga orang lain tiba-tiba naik nama kita pula. Kita sibuk dengan dunia kite saja. sorry wak,” kata Kieda lagi.