Usahawan crepe terkenal, Kieda berkongsi sepotong video menasihati anak lelakinya untuk tidak melawan kata-kata dari kawan sekolahnya.
Menerusi video berdurasi 52 saat itu, usahawan berkenaan cuba memberikan kata-kata semangat buat anaknya yang sering diejek di sekolah.
Jelas Kieda, kanak-kanak di sekolah anaknya itu cuba untuk melakukan gangguan secara mental terhadap anaknya berkaitan perniagaan crepenya.
"Malu rasanya. Tapi, alhamdulillah anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya. Terima kasih semua pihak yang terlibat," tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.