,
Laman Utama

Noya Tidur Berdengkur? Cuba Bancuh & Minum Air Dengan Dua Bahan Ini!

Amri Hassan
06/10/2023
13:55 MYT
Siapa yang tak rimas kalau tidur bersebelahan dengan orang yang kuat berdengkur? Lagi malu jika diri sendiri pun berdengkur sama.
Seandainya korang dah cuba pelbagai ubat-ubatan secara medikal namun kurang mujarab, mungkin boleh cuba pula petua rawatan bahan tradisional ini.
Seorang pengguna Facebook telah mencuba air bancuhan ini sebanyak empat kali dan berjaya mengurangkan dengkuran.
"Empat kali saja minum air ni.. dengkur hilang serta merta..Bahan-bahan hanya guna yang ada di dapur je.. Tak susah pun nak cari," tulis Syiema Ima.
Bahan-bahan: Kunyit hidup Madu Air suam
Cara-caranya: 1. Air suam suku gelas rendamkan kunyit hidup dalam gelas selama 5 minit.
2. Campurkan madu satu sudu.
3. Minum sebelum tidur, sekali sehari.

Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.
Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

1. Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
3. Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
4. Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
5.Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
6. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
7. Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Sumber: MyHEALTH, Facebook Syiema Ima
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Imbau Detik Perkenalan Dengan Suami, Zarina Zainuddin Tetap Pegang Amanah Jaga Maruah Madu - “Mak Saya Tak Setuju Masa Itu Sebab…”

gempak
21/10/2024
20:55 MYT
Berkongsi pengalaman hidup bermadu, pelakon Zarina Zainuddin mengakui dia pada mulanya menolak untu berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Viral

Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”

gempak
12/10/2024
21:55 MYT
Selepas bercerai dengan usahawan Pizza Waghu, Jofliam, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Cik Epal mendedahkan dia menerima banyak ‘lamaran’ daripada lelaki untuk berkenalan.
Berita

Kena Cerai, Bekas 'Madu Rahsia' Bunuh Isteri Pertama

gempak
11/10/2024
05:55 MYT
Seorang wanita maut di tangan bekas madunya dalam kejadian menggemparkan pada awal minggu lalu.
Unitar