ANTARABANGSA
Indonesia Lancar Yamaha NMax155 Connected - Informasi Penggunaan Bahan Api, Lokasi Motosikal Boleh Diakses Menerusi Telefon Pintar
PT Yamaha Indonesia Motor memperkenalkan versi naik taraf skuter maxi NMAX 155 Connected. Kehadiran model itu akan melengkapi barisan keluarga Maxi Yamaha series dalam memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Ciri ketersambungan aplikasi Y-Connect memudahkan pemilik mendapatkan informasi terus ke telefon pintar berkaitan penggunaan bahan bakar, lokasi parkir terakhir, cadangan penyelenggaraan bateri dan minyak sehinggalah ke ciri revs papan pemuka.

Sementara Smart Key System dengan Immobilizer dan Answer Back System memudahkan pemilik mencari parkir motosikal sekiranya terlupa kali terakhir meletakkan kenderaan mereka.

NMAX 155 Connected memiliki ruang kaki yang luas sehingga posisi tunggangan menjadi lebih rileks untuk jarak dekat mahupun jauh ditambah lagi suspensi sub tank untuk mendokong prestasi tunggangan atas pelbagai permukaan jalan.

Di sektor janakuasa NMAX 155 Connected menggunakan enjin teknologi blue core serba baharu 155cc berteknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin itu menghasilkan kuasa maksimumr 11.3 kW @ 8,000rpm dan tork maksimum13.9Nm @ 6500rpm.

Bagi operasi membrek maksimum, Yamaha menggunakan brek cakera di depan dan belakang. Yamaha NMAX 155 Connected dijual pada harga Rp31,000,000 (RM8,951) menerusi empat pilihan warna iaitu Prestige Silver, Maxi Signature Black, Matte Blue serta Matte Red. Warna Prestige Silver adalah varian warna baharu.

Must-Watch Video