Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni berkongsi resepi kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri, Ayunda Putri Mekarsari yang dibina selama tiga tahun.

Menurut Haziq, apa yang penting dalam rumah tangga adalah pasangan bertanggungjawab dan saling membantu antara satu sama lain.

Malah, Haziq membidas pasangan yang berkahwin hanya untuk menunjuk-nunjuk serta berlumba siapa kahwin dengan hataran paling tinggi dan sebagainya.

“Suami isteri ni macam KLCC. Ada dua bangunan dihubungkan dgn jambatan yang buat KLCC lagi kuat. Cuba kau tutup mata sekarang. Tutup dua-dua mata tau. Cepatlah tutup! Bayangkan KLCC tu macam dua orang yang tengah pegang tangan.

“Jambatan tu dalam rumah tangga macam kerjasamalah. Kau kurang part ni, isteri kau tolong cover dengan kelebihan dia. Isteri kau kurang part tu, kaulah tolong cover dengan kelebihan kau. Baru la sama-sama hebat.

“Lepas tu, base kena kuat. Macam KLCC. Base kuat gila. Baru tahan. That's why kahwin ni bukan untuk berlumba siapa kahwin paling cepat.

“Siapa hantaran paling tinggi. Siapa belanja kahwin paling murah. Siapa kahwin belanja paling mahal. Siapa degree hantaran mintak RM15,000. Master RM20,000. Mendeee. Kahwin ni tanggungjawab untuk kau jaga dua-dua bangunan tu okay? Ingat KLCC, ingat kahwin,” tulisnya.

Haziq berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik fotonya bersama isterinya yang berlatarbelakangkan Menara KLCC.

Difahamkan Haziq dan isteri berada di hotel lima bintang terkemuka untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka semalam.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bertuju dengan pendapat Haziq dan dalam masa yang sama kendoakan kebahagiaan mereka.

Haziq mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Suami isteri ni mcm klcc. Ada dua bangunan dihubungkan dgn jambatan yg buat klcc lg kuat. Cuba kau tutup mata skrg. Tutup dua2 mata tau. Cepat laaa tutup! Bayangkan klcc tu mcm dua org yg tengah pegang tangan. Jambatan tu dlm rumahtangga mcm kerjasama laa. Kau kurang part ni, isteri kau tolong cover dgn kelebihan dia. Isteri kau kurang part tu, kau lah tolong cover dgn kelebihan kau. Baru la sama-sama hebat. Pastu base kena kuat. Mcm klcc. Base kuat gila. Baru tahan. That's why kahwin ni bukan utk berlumba siapa kahwin paling cepat. Siapa hantaran paling tinggi. Siapa belanja kahwin paling murah. Siapa kahwin belanja paling mahal. Siapa degree hantaran mintak 15k. Master 20k. Mendeee. Kahwin ni tanggungjawab utk kau jaga dua2 bangunan tu okay? Ingat klcc, ingat kahwin ? #HaziqPutri

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on