Baru-baru ini syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer telah membuat permohonan pendaftaran bersyarat dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), pada 15 Diseber lepas bagi penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya kini sedang membuat penilaian bagi vaksin itu dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk.

Walaubagaimanapun proses pernilaian itu akan mengambil masa 90 hingga 120 hari dengan memberi keutamaan kepada keselamatan dan keberkesanan vaksin itu.

Namun dalam pada kerajaan cuba untuk membuat penilaian, masih ramai juga netizen yang mempersoalkan kredibiliti kementerian.

Malah, ada diantara merugut mengapakah kerajaan memilih untuk menambil masa selama 90 hari sebelum vaksin sampai kepada rakyat.

Enggan orang ramai keliru dengan keputusan itu, laman Facebook Public Health Malaysia tampil memberi sedikit penjelasan.

Menerusi posting terbaru laman itu, mereka menjelaskan semua jenis vaksin covid perlu dikaji dengan betul agar kesannya tidak mendatangkan kemudaratan kepada penduduk Malaysia.

“Ingat lagi isu Vaksin Denggi yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar vaksin?

“KKM telah menolak daripada dimasukkan di Malaysia. Manakala, di Filipina, ianya telah diluluskan.

“Tragedi kesihatan awam yang terbesar telah berlaku di sana. Menyebabkan penolakkan vaksin besar-besaran oleh penduduk di negara tersebut.

“Berikan peluang NPRA, KKM mengkaji data pengeluar vaksin tersebut,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan menanggung RM77.35 bagi setiap rakyat Malaysia melalui pemberian vaksin COVID-19.

Pemberian secara percuma kepada 82.8 peratus populasi atau 26.5 juta individu itu membabitkan kos keseluruhan RM2.05 bilion.


Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

1.Artis Kacak TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/artis-cantik-tergempak-2020/

3.Artis Bujang TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/artis-bujang-tergempak-2020/

4.Anak Selebriti Adorable TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/anak-selebriti-adorable-tergempak-2020/

5.Couple Romantik TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/couple-romantik-tergempak-2020/

6.Ajushi Elok TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/ajushi-elok-tergempak-2020/

7.BBNU TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/bbnu-tergempak-2020/

8.Couple Selebriti Stylo TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/couple-selebriti-stylo-tergempak-2020/

9.Influencer TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/influencer-tergempak-2020/

10. Individu TerGempak 2020

https://voting.astro.com.my/individu-tergempak/

Untuk makluman undian Gempak Most Wanted boleh diundi tanpa had.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi apa tunggu lagi? Jom undi!