Laman Utama

“Ingat Lawak Ke B*doh?” - Bergurau Tolak Wawa Persis Tragedi Mendiang Tangmo, Aeril Zafrel Dikecam Teruk!

gempak
Izwan Isa
31/05/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
“Ingat Lawak Ke B*doh?” - Bergurau Tolak Wawa Persis Tragedi Mendiang Tangmo, Aeril Zafrel Dikecam Teruk!
Pelakon Aeril Zafrel memang cukup terkenal dengan sikapnya yang lucu, terutama sketsa dan lakonan-lakonan bersahaja bersifat komedi di platform media sosial.
Begitupun, tidak semua video yang dimuat naik meraih respons positif peminat. Baru-baru ini, nama Aeril kembali panas gara-gara berkongsi sepotong video di TikTok.
Menerusi video berkenaan, Aeril yang difahamkan kini berada di Thailand dilihat sedang menaiki bot bersama isterinya, Wawa Zainal.
Namun, di pertengahan video, Aeril dilihat ‘menolak’ Wawa jatuh daripada bot sebelum sebelum dia ketawa kegembiraan.
Situasi berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap Aeril berbuat demikian bagi mengajuk tragedi kematian menyayat hati pelakon Thailand, Tangmo.
“Biadap gila Wawa Zainal & Aeril Zafril buat video Tiktok atas bot/sampan dengan latar belakang lagu Thai (yang seringkali digunakan untuk kisah mendiang Tangmo).
“Siap buat adegan kononnya Wawa kena tolak daripada bot/ sampan tu! Ingat lawak ke bodoh?” tulis netizen.
“Tak kelakar langsung Aeril Zafrel punya latest TikTok. Jadikan kematian seseorang sebagai bahan lawak tidak kelakar ok,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa segelintir netizen meninggalkan komen ‘jom naik bot’ sebagai indikasi untuk menolak individu berkenaan, merujuk kepada tragedi yang dialami oleh mendiang Tangmo.
“Aeril Zafrel punya TikTok tak kelakar, sama jugak macam sesiapa yang selalu komen ‘jom naik bot’ sebagai tanda nak tolak seseorang daripada atas bot. Terang-terang ia merujuk pada kes berkenaan. Ia sama sekali tidak kelakar,” tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, Aeril telah memadam video berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024