Hiburan
"Ingat Tau Kau Kena Kuat.." - Fizz Fairuz Sayu Dapat Berita Ashraf Muslim Positif Covid-19
Aktor Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa sayu apabila mengetahui berita kawan rapatnya, Ashraf Muslim yang disahkan positif Covid-19.
Luahan perasaan itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG) semalam.
Menurut Fizz, dia dapat merasai perasaan yang dirasai Ashraf pada masa sekarang.
"Kita kawan dah lama @ashrafmuslim , aku paham perasaan kau..
"Insya-Allah acap,aku akan berdoa selalu untuk kau ok.. Kau jaga diri tau..
"Sayu hati aku ,tapi aku tau kau kuat.. Insya-Allah takde apa-apa ok.. Ingat tau kau kena kuat tau," tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami turut mendoakan agar Ashraf diberi kesembuhan daripada penyakit tersebut.
"Aku doakan kau cepat sembuh. Nanti kita jumpa insya-Allah. Jaga diri baik-baik
"Kau sahabat aku. Call aku kalau kau perlukan apa-apa," katanya di penghujung video.
Terdahulu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahan positif COVID-19 selepas Puetri Aishah dan PU Riz.
Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video