Baru saja ditayangkan semalam, filem terbaru Chomel telah menerima pelbagai reaksi positif penonton.

Rata-ratanya berpuas hati dengan konsep serta pembaharuan ditampilkan dalam filem tersebut.

Malah, ramai tidak menyangka filem Chomel menampilkan pelbagai elemen termasuk komedi kekeluargaan yang buat ramai terhibur.

“Tak sangka lawak dia boleh tahan ya, ingatkan filem biasa-biasa je. Berdekah juga.”

“Satu family gelak weh, terhibur.”

“Ingatkan biasa-biasa, pecah perut juga dibuatnya."

“Dah tengok weh, kelakar sangat” tulis beberapa netizen.

Buat mereka yang belum saksikan filem ini, Chomel sebenarnya turut dimeriahkan dengan beberapa penampilan khas termasuklah pelawak terkenal, Douglas Lim.

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang akan berada di 'Pawagam Rumah Anda', Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.