HIBURAN
Raffi Ahmad Cerita Anak Angkat Perempuan Lily, Dibuang Di Tempat Sampah
Raffi Ahmad diketahui memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan bersama Nagita Slavina.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini pasangan tersebut dilihat ‘memiliki’ seorang anak perempuan.
Tanpa berselindung Raffi dan Nagita mengaku bayi perempuan yang diberi nama Ranayma Malika Raudhia Andara atau dipanggil Lily itu merupakan anak angkat mereka.
Lily diperkenalkan kepada umum pertama kali pada awal 2025.
Menerusi pendedahan yang dibuat di YouTube Comic 8 Revolution, Raffi memberitahu bagaimana hatinya terbuka untuk mengambil Lily masuk ke dalam keluarga kecilnya.
Hos dan pelakon kaya itu mendakwa Lily telah dibuang ibunya di tempat pembungan sampah sebaik dilahirkan.
Bayi malang itu kemudian ditemui dan mahu diletakkan di rumah kebajikan anak yatim, namun tidak diterima.
“Bayangkan belum 24 jam lahir, Lily sudah diletak di tempat tidak layak, maaf cakap di tempat pembuangan sampah.
“Dia ditemui sempat dihantar ke klinik, rumah anak yatim tapi tak ada yang terima,” dedah Raffi seperti dilaporkan InsertLive.
Lily akhirnya mahu diberikan kepada rakan baik adik Nagita, Caca Tengker dan mahu dibawa ke Bali. Namun kerana usianya yang baru beberapa hari, bayi malang itu tidak boleh menaiki pesawat.
“Jadi kawan Caca, ‘kirim’ Lily kepadanya dulu. Caca bawa Lily ke rumah saya. Dia belum diazankan, maka saya azankan. Lepas azan, saya pandang mata dia,” ceritanya.
Namun antara faktor yang membuat dia tersentuh apabila anak sulungnya, Rafathar meminta Lily tinggal di rumah mereka. Padahal menurut Raffi, Rafathar tidak suka jika ada anak kecil di rumah mereka.
"Biasanya Rafathar tidak suka dan tidak mahu ada anak kecil. Tapi Rafathar bilang, 'Sudahlah pa, dia di sini aja', gitu," ungkap Raffi.
Sejak itu, Raffi meyakinkan isterinya untuk menjadikan Lily sebagai anak angkat mereka. Kedua anak mereka, Rafathar dan Rayyanza juga sangat menyayangi Lily.
“Niat kami menjaga Lily ikhlas, tulus. Lily hadir dan bagai takdir kebahagiaan keluarga kami,” katanya lagi.
Must-Watch Video