Hiburan

"Ingatkan Terseliuh, Tapi..." - Tragedi PKP! Alahai Kasihannya, Afieq Shazwan Jatuh Bilik Air Sehingga...

gempak
Kamaruddin Razal
18/05/2020
00:24 MYT
Sponsor Banner
"Ingatkan Terseliuh, Tapi..." - Tragedi PKP! Alahai Kasihannya, Afieq Shazwan Jatuh Bilik Air Sehingga...
Malang memang tidak berbau!
Sejauh mana kita mahu mengelakkan diri dari terlibat kejadian tak diingini yang berlaku di luar rumah, kita tak boleh lari dari kemalangan yang berlaku dalam rumah sendiri.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh penyanyi Afieq Shazwan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi berlangsung.
Pada 12 April lalu, Afieq terjatuh di bilik air sehingga menyebabkan tangannya patah.
"Saya tidur di rumah nenek ketika PKP. Setiap hari, saya memang akan ke pasar pada waktu pagi mewakili ketua keluarga untuk membeli barang kelengkapan.
"Pada pagi itu, saya bangun untuk ke pasar dan mahu mandi seperti biasa. Tak dapat dielak, saya jatuh terduduk atas tangan kanan saya sendiri ketika berada di dalam bilik air.
"Pada mulanya, saya ingatkan hanya terseliuh biasa. Saya melakukan proses imbasan x-ray di klinik. Doktor sahkan tangan kanan saya patah," kata Afieq.
Pelantun lagu Lelaki Telefon di Telefon ini mendedahkan perkara terbabit kepada Gempak dalam sesi #ArtisDudukDiam di Instagram Live baru-baru ini.
Dalam pada itu, bintang Big Stage musim pertama ini juga bersyukur kerana tangannya tidak perlu disimen.
"Selepas menjalani pemeriksaan, saya harus memakai 'wrist guard'. Ia tidak terlalu serius sehingga perlu disimen tetapi cara penjagaannya agak leceh.
"Doktor sarankan agar saya kerap minum susu untuk membina semula tisu. Sebelum puasa, tiap-tiap hari saya minum bahan berasaskan tenusu untuk proses penyembuhan.
"Alhamdulillah, memasuki minggu kedua Ramadan, saya dah boleh buka 'wrist guard', tetapi bengkak di tangan saya masih ada," kata Afieq lagi.
Tonton penjelasan lanjut Afieq mengenai kejadian terbabit menerusi video di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live