Filem Mulut Masin terus menjadi bualan ramai sejak mula ditayangkan kepada penonton sejak 19 November lalu.

Pelbagai respons yang diterima daripada penonton yang mana rata-rata menyifatkan naskhah arahan pengarah Razaisyam Rashid itu sebagai sebuah filem wajib tonton.

BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!

Begitupun, ada banyak perkara yang mungkin tidak diketahui penonton mengenai beberapa perkara mengenai pembikinan filem terbitan Astro Shaw ini.

Justeru, Gempak kongsikan kepada anda mengenai antara fakta menarik yang ada pada filem Mulut Masin.


#1 Perigi Buatan

Terdapat satu babak yang diadakan di sebuah perigi. Kalau nak tahu, perigi tersebut dibangunkan oleh pasukan seni yang diketuai oleh Aboi atau nama sebenarnya, Aminah Mohammad.

Aboi sebelum ini mempunyai pengalaman sebagai prop master menerusi filem The Garden of Evening Mist yang meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.




#2 Tempoh 10 hari rehearsal

Filem ini merupakan cubaan sulung pengarah Razaisyam Rashid mengarahkan filem yang mengangkat kanak-kanak sebagai pelakon utama.

Justeru, kesemua pelakon kanak-kanak tersebut perlu melalui sesi rehearsal (latihan) sebelum masuk ke set penggambaran.




#3 Penggambaran tangguh 3 bulan

Penggambaran filem ini bermula sekitar Mac sebelum terpaksa dihentikan seketika ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketika itu penggambaran baru sahaja berlangsung selama tiga hari.

Selama kira-kira tiga bulan penggambaran tertangguh sebelum kesemua pelakon masuk semula ke set pada Julai. Situasi itu menyebabkan ada pelakon yang sudah lari 'conti' apabila mengalami perubahan fizikal.




#4 Ulang 20 Take

Walaupun sudah biasa beraksi di hadapan kamera, itu bukanlah satu tiket untuk seseorang pelakon itu tidak melakukan kesalahan ketika menjayakan satu-satu babak.

Dalam filem ini, pelawak Lan Pet Pet terpaksa melalui 20 kali take untuk melakonkan babak terakhir ketika perlu berpantun. Lan asyik berbelit lidah sahaja.




#5 Inspirasi kejadian sebenar

Orang dulu-dulu sering mempunyai kepercayaan tertentu. Dalam filem ini, terdapat satu babak di mana kelima-lima sepupu berdepan situasi di mana dicampak garam ketika sedang tidur.

Kalau anda nak tahu, babak itu diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi dalam masyarakat sebelum ini.



Mulut Masin menampilkan pelakon Jay Nazif, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh.

BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin

Naskhah ini menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat neneknya.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

Jadi, bagi anda yang belum menontonnya jangan lupa saksikan filem Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First menerusi saluran 480 hari ini.

Setiap langganan hanya serendah RM15, anda berpeluang menonton berulang kali dalam tempoh 48 jam.