,
Berita

Ini 5 Iklan Raya Astro Yang Masih Menggamit Memori, Dari Kisah Sedih, Jenaka..Semuanya Ada!

ZULHILMI JALIL
16/05/2020
07:46 MYT
Setiap kali menjelang Aidilfitri, antara yang sering dinanti-nantikan orang ramai ialah penerbitan iklan hari raya.
Pelbagai kisah dan jalan cerita yang cuba diangkat kepada penonton dalam menyampaikan mesej-mesej berguna sebagai peringatan buat kita semua.
Bagi Astro sendiri, iklan raya yang ditampilkan setiap tahun sentiasa memberi kelainan dan jalan cerita yang segar.
Saban tahun ada sahaja cerita yang mengangkat kisah benar, kekeluargaan, pengorbanan, kasih sayang, ragam dan telatah yang menyentuh dan mencuit hati.
Gempak bawakan 5 iklan raya Astro yang pernah mendapat tempat di hati penonton:
#1 Kisah Benar Herman (2015) Jumlah tontonan: 1.24 juta
Iklan ini mengisahkan kisah benar lelaki bernama Herman yang merupakan seorang bekas penagih dadah yang berhasrat ingin berjumpa dengan bapanya.
Biarpun pernah melakukakn kesilapan, namun setiap insan itu berhak untuk mendapat kemaafan. Namun, apa yang menyentuh hati apabila Herman yang bertemu bapanya dalam keadaan berkerusi roda selain sudah kehilangan suara.
#2 Kisah Benar Zika - Masa. Anugerah Paling Bermakna (2016) Jumlah tontonan: 963,654
Mengisahkan kisah wanita bernama Zika yang dahagakan perhatian bapanya seperti dirinya masih kecil, namun semakin lama, dia merasakan bapanya sudah tidak ada masa buatnya.
Situasi itu membuatkan dirinya memberontak dengan memilih jalan yang salah. Hanya selepas pemergian bapanya, Zika mula belajar menghargai insan yang masih ada.
#3 Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah (2017) Jumlah tontonan: 1.23 juta
Mengisahkan kisah benar seorang bapa bernama Adli yang mempunyai seorang anak lelaki autistik. Banyak cabaran dan dugaan yang dilalui oleh Adli.
Adakalanya, dia terlupa bahawa anaknya itu seorang istimewa yang melihat dunia dari perspektif berbeza. Satu hari Adli menyedari kesilapannya dan meinggalkan kerjanya demi memberi perhatian lebih kepada Luqman dengan membuka sebuah kafe mesra golongan autistik.
#4 Gaya Raya Paling Ori (2018) Jumlah tontonan: 15.77 juta
Mengisahakan kisah Wak Nik yang merupakan seroang budak penghantar barang. Wak Nik sentiasa mahu tampil lain daripada orang lain.
Sejak dari zaman kanak-kanak lagi dia akan pastikan setiap gaya dan penampilannya tidak sama dengan orang sekeliling.
Pening memikir baju apa yang ingin digayakan pada Aidilfitri, Wak Nik kemudian mengubah suai baju Melayu yang diletakkan nombor seperti jersey, namun malangnya tanpa disedari orang kampung juga turut melakukan perkara sama menyebabkan dia merasakan rayanya tahun itu tanpa gaya ori.
#5 Raya Kuasa 7 (2019) Jumlah tontonan: 4.73 juta
Mengisahkan keluarga Apai, yang mempunyai ragam masing-masing setiap kali tibanya rata.
Ada sahaja gelagat mereka yang mahu menunjukkan kehebatan tersendiri. Apai merasakan dia insan yang paling kurang kerana hanya mampu menyediakan juadah tradisi keluarga sahaja.
Begitupun kehilangan salah seorang keluarga menyatukan mereka dan membuat mereka sedar bahawa semua orang cukup sempurna seadanya.
Biarpun sudah berlalu, iklan-iklan ini semua masih lagi kekal segar dalam ingatan kita semua. Cumanya, pada tahun ini, sempena kedatangan Aidilfitri, buat julung kalinya, Astro menampilkan iklan raya animasi yang mengisahkan Cerita Raya Dik Non!
Jom, sama-sama kita saksikan Kisah Dik Non ini:
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Astro Tampilkan 3 Telefilem Menarik Sempena Hari Kebangsaan 2024

gempak
29/08/2024
18:34 MYT
Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang bakal tiba, Astro dengan bangganya menampilkan 3 telefilem buat semua rakyat Malaysia.
kilauan-emas

Kilauan Emas Kembali! Tampil Kelainan Peserta 'Unsung Hero', KLPP Hos Utama

gempak
27/08/2024
12:13 MYT
Astro kembali menampilkan bakat-bakat dari generasi X iaitu rakyat Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas untuk bertanding dalam program realiti legenda, Kilauan Emas 2024, sebuah program nyanyian kompetitif yang telah mencungkil banyak bakat otai tempatan terpendam di Malaysia.