Berita

Ini 5 Lokasi Penggambaran Filem Jebat Yang Cukup Spektakular! Bolehlah Korang Pergi Nanti...

gempak
ZULHILMI JALIL
13/09/2020
04:52 MYT
Sponsor Banner
Ini 5 Lokasi Penggambaran Filem Jebat Yang Cukup Spektakular! Bolehlah Korang Pergi Nanti...
Bukan setakat terbuai dengan sisi romantis Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, bahkan filem Jebat turut mencuri tumpuan ramai dengan keindahan lokasi yang menjadi persinggahan mereka.
Ramai yang tertanya-tanya di mana sebenarnya lokasi penggambaran filem arahan Jamal Khan itu.
Ini kerana rata-rata terpesona dengan pemandangan yang dipaparkan pada setiap babak.
Jadi, jom, kita tengok antara lokasi tumpuan yang menjadi pilihan sepanjang penggambaran filem ini:
#1 Prague
Selain beberapa tempat di dalam negara, filem Jebat juga menjalani penggambaran di luar negara. Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ialah di Prague, Republik Czech.
Di sinilah lokasi di mana Jebat dan Mastura berbulan madu selepas berkahwin. Memang cantik, sampaikan Mas pun sendiri nak duduk lama-lama di sana.
#2 Seremban, Negeri Sembilan
Bagi yang sudah menonton, mungkin anda perasan terdapat babak yang dilakonkan Nelydia di dalam sebuah kolam renang dengan berlatar belakangkan keindahan flora.
Pemandangannya memang cukup cantik dan menenangkan. Kalau nak tahu, babak tersebut sebenarnya dirakam di The Shorea yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.
#3 Kilang Arang, Perak
Salah satu lokasi yang menjadi pilihan penggambaran filem Jebat ialah di kilang arang yang terletak di Kuala Sepetang, Perak.
Di sinilah tempat babak di mana Sharnaaz bertarung dengan Peter Hugh Davis. Jadi, kalau siapa nak tengok macam mana rupa tempat pemprosesan arang, kena tonton filem ini.
Dengarnya nak jalankan penggambaran di sini pun mencabar. Maklumlah, kawasan tempat pembakaran kayu, jadi memang persekitarannya agak bahang.
#4 Ipoh, Perak
Boleh dikatakan penggambaran filem Jebat banyak memaparkan panorama di sekitar Ipoh, Perak.
Sememangnya Ipoh antara lokasi yang cukup cantik terutamanya bagi mereka yang suka akan senibina kolonial, terutamanya di bandaraya.
Jadi, korang tengoklah sendiri gelagat Jebat dan Mas pusing-pusing sekitar Ipoh.
#5 Raub, Pahang
Satu lagi lokasi yang mecuri tumpuan dalam filem Jebat ialah di Eight Acres, sebuah resort yang terletak di Raub, Pahang.
Pemandangannya memang cantik dan tenang. Bagi mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota, ini antara tempat yang anda boleh pertimbangkan pada hujung minggu.
Jadi, bagi anda yang belum tonton, jom saksikan filem Jebat di Astro First menerusi saluran 480.
BACA: "Saya Bagi 10 Bintang" - Penonton Suka Tengok Momen Sweet Sharnaaz, Nelydia Dalam Filem Jebat
Bagi yang nak ambil 'mood' filem Jebat, anda juga boleh layan drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live