Hiburan

"Ini Bukan Masa Suka-Suka Masak Macam Nak Raya" - Aishah Catu Makanan

gempak
Amri Hassan
23/03/2020
04:22 MYT
Sponsor Banner
"Ini Bukan Masa Suka-Suka Masak Macam Nak Raya" - Aishah Catu Makanan
Juara Gegar Vaganza 2017, Aishah mengakui keadaan semasa pandemik Covid-19 membimbangkannya hingga mengambil keputusan untuk mencatu makanan keluarganya.
Jelas Aishah, tindakan yang diambil itu dianggap langkap terbaik yang perlu dilakukan dalam setiap keluarga dalam situasi sekarang.
"Reality kicks in! Dengan semakin banyak kematian mangsa Covid19, I am terrified! Ngeri...
"Hari ini, saya ambil keputusan untuk mencatu stok makanan di dalam rumah kami.
"Ini bukanlah masa nak suka-suka masak macam nak raya pula," katanya.
Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, pandangan untuk mencatu makanan adalah relevan bagi mengelakkan ketua keluarga keluar untuk mencari barang keperluan setiap masa.
"Kenapa I kata begitu? Kalau kita, ibu-ibu asyik masak macam-macam, sudah tentu barang keperluan kita cepat habis.
"Maka ketua keluarga terpaksa keluar untuk membeli barang makanan. Ini bermakna kita meletakkan suami/anak/ketua keluarga kita dalam risiko jangkitan Covid19.
"Anggaplah bila kita minta ketua keluarga pergi membeli barang keperluan kita menghantar mereka ke medan 'perang'.
"Sanggup ke kita senang-senang je mintak mereka keluar pasal kita nak makan sedap-sedap," kata Aishah.
Malah, Aishah sudah mempraktikkan tindakan mencatu makanan di rumahnya sejak beberapa hari lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
"Jadi hari ni kami panaskan 'rezeki ' semalam, juga nasi goreng dengan nasi lebih semalam.
"Ikan bilis goreng dan serunding memang sentiasa stand by sejak kebelakangan ni. Ikan pun ikan goreng kelmarin.
"Yang ramai anak di rumah tu, mungkin boleh 'catu' makanan setiap hari, mungkin kita kumpulkan makanan yang boleh dimakan untuk hari ni saja.
"Umumkan pada ahli keluarga boleh makan banyak itu saja untuk hari ni, secara otomatik kita akan berpada-pada bila makan tu, bukannya makan like there is no tomorrow okey," tambahnya.
Ujar Aishah lagi, bagi yang sering bereksperimen dengan pelbagai resepi, moleklah seandainya mencari idea untuk meminimumkan bahan dalam setiap masakan di rumah.
"Begitu juga esok dan lusa. Yang pandai memasak mungkin boleh share resipi makanan yang menggunakan bahan paling kurang. Kalau kita amalkan ini, kurang keraplah orang tersayang kita terpaksa keluar buat masa ini.
"Juga ia boleh menimbulkan rasa 'empathy' kepada kawan-kawan kita yang kurang kemampuan.
"I percaya ramai yang kreatif, jom kita 'create' resipi murah dan mudah untuk family kita," jelasnya.
Day #5 - Reality kicks in,dgn.semakin byk.kematian mangsa Covid19.Am terrified???Ngeri...???? Hari ini,I ambil keputusan utk.mencatu stock makanan di dalam rumah kami.Ini bukanlah masa nak suka2 masak mcm nak raya pulak.Kenapa I kata begitu???Kalau kita,ibu2 asyik masak macam2,sudah tentu brg.keperluan kita cepat habis.Maka ketua2 keluarga terpaksa keluar utk membeli barang makanan.Ini bermakna kita meletakkan suami/anak/ketua keluarga kita dlm risiko jangkitan Covid19.Anggaplah bila kita minta ketua keluarga pergi membeli barang keperluan kita menghantar mereka ke medan 'perang'.Sanggup ke kita senang2 je mintak mereka keluar pasal kita nak makan sedap2.Jadi hari ni kami panaskan 'rezeki ' semlm,juga nasi goreng dgn nasi lebih semalam.Ikan bilis goreng dan serunding memang sentiasa standby sejak kebelakangan ni.Ikan pun ikan goreng kelmarin.Yg.ramai anak2 di rumah tu,mungkin boleh 'catu' makanan setiap hari,mungkin kita kumpulkan makanan yg boleh di makan utk hari ni saja,umumkan pada ahli keluarga boleh makan byk itu sj utk hari ni,secara automatic kita akan berpada2 bila makan tu,bukannya makan like there is no tomorrow ok??Begitu juga,esok dan lusa.Yg.pandai memasak mungkin boleh share resipi2 makanan yg.menggunakan bahan paling kurang.Kalau kita amalkan ini,kurang keraplah org tersayang kita terpaksa keluar buat masa ini.Juga,ianya boleh menimbulkan rasa 'empathy' kepada kawan2 kita yg kurang kemampuan.I percaya ramai yg kreatif,jom kita 'create' resipi murah dan mudah utk family kita.Stay safe,stay healthy,STAY HOME guys??? #sampaikanygbaik2 #AishahjmmC19thoughts
A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live