Viral
Ini Dia Wajah Polis Penyebab Kematian George Floyd, Pencetus Kemarahan Dunia!
Empat wajah anggota polis yang didakwa atas pembabitan kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Flyod sehingga mencetuskan kemarahan dunia didedahkan.
Empat lelaki tersebut adalah Derek Chauvin, Tou Thao, Thomas Lane dan J. Alexander Kueng.
Perkara itu menyebabkan foto itu mulai tular di media sosial dan rata-ratanya menulis posting yang meluahkan rasa marah dan jijik terhadap kelakuan mereka.
Malah ada juga yang menyatakan perasaan bercampur baur selepas pendakwa Minnesota, Keith Minnesota mengumumkan tuduhan membunuh darjah ketiga pada Jumaat lalu ke atas Derek Chauvin, 44, iaitu pegawai polis kulit putih yang menekan leher George Floyd menggunakan lututnya selama hampir sembilan minit.
Manakala tiga lagi rakannya ditahan atas tuduhan bersubahat.
Tou Thao, 34, J Alexander Kueng, 26 dan Thomas Lane, 37 didakwa atas tuduhan membantu dan bersubahat melakukan pembunuhan darjah kedua.
Terdahulu, penahanan kesemua pegawai berkenaan adalah didorong atas desakan orang ramai yang telah mengadakan bantahan besar-besaran di seluruh negara bagi menuntut keadilan untuk isu perkauman.
Sumber: Kark.com, CNN, AFP
Must-Watch Video