Laman Utama

“Ini Keputusan Terbaik Dalam Hidup” - Wanita Ini Sanggup Curang Demi Berkahwin Dengan...

gempak
Azwa Rahman
16/09/2020
02:52 MYT
Sponsor Banner
“Ini Keputusan Terbaik Dalam Hidup” - Wanita Ini Sanggup Curang Demi Berkahwin Dengan...
Seorang ibu dua anak di United Kingdom mengejutkan dunia apabila berkahwin dengan sebatang pokok malah akan meraikan ulang tahun pertamanya dengan tumbuhan itu, bulan ini.
Kate Cunningham, 38, sanggup meninggalkan teman lelaki di rumah semata-mata untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pokok berkenaan.
Kate juga telah menukar namanya kepada Elder apabila dia 'bersatu' dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside pada September tahun lalu.
Bekas guru itu berkata, mengahwini pokok itu adalah keputusan terbaik dalam hidupnya biarpun seorang daripada anaknya berusia 15 tahun malu dengan tindakannya.
Memetik laporan portal Daily Mirror, berkahwin dengan pokok memberikan dia tujuan baharu.
"Pokok ini akan tetap menjadi keutamaan saya. Pokok membuatkan kita tetap hidup.
"Ia membuatkan saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Saya tak peduli apa orang lain hendak kata.
Katanya, dia mendapat inspirasi berkahwin dengan pokok selepas mencontohi tindakan seorang aktivis wanita di Mexico untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembalakan dan pembukaan tanah haram.
"Saya berharap taktik sama akan menyelamatkan Rimrose Valley Country Park diubah menjadi lebuh raya," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live