Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

Gempak
25/07/2024 12:55 MYT
Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2024.

Memetik laporan The Sun UK, keputusan itu diraih berdasarkan penilaian formula matematik kuno Yunani.

Formula Nisbah Emas

Pelakon filem The Queen’s Gambit berusia 28 tahun itu mendapat markah paling hampir dengan idea kesempurnaan wajah bangsa Yunani berdasarkan formula yang dikenali sebagai Nisbah Emas.

Nisbah Emas merupakan persamaan matematik yang direka untuk mengukur kecantikan seseorang wanita atau lelaki.

Mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka Joy adalah antara yang dipetakan dan diukur oleh pakar-pakar bedah kosmetik.

BERITA TRENDING: Tersenarai Wanita Tercantik Dunia, Karier Meroket Sampai Ke Indonesia, Anna Jobling: “My Life Changed Overnight”

BERITA TRENDING: Tersenarai Antara Wajah Tercantik Dunia Sebaris Rosé Blackpink, Tabby Dolla; "Saya Rasa Sama Macam Orang Lain Jer"

BERITA TRENDING: Linda Nanuwil Artis Tercantik 2020! Kalahkan Nama-Nama Besar Termasuklah...

BERITA TRENDING: Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun

Ia didapati 94.66 peratus sejajar dengan nisbah ideal 1.618 atau turut dikenali sebagai phi dalam huruf Yunani.

Menurut pakar bedah kosmetik Harley Street, Dr Julian De Silva Anya, Anya Taylor-Joy ialah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur untuk kesempurnaan fizikal.

“Teknik pemetaan komputer serba baharu ini membolehkan kami menyelesaikan beberapa misteri tentang perkara yang menjadikan seseorang itu cantik secara fizikal.

“Teknologi ini berguna semasa merancang pembedahan pesakit,” katanya. – AGENSI

Selain itu, berikut merupakan senarai 10 wanita tercantik dunia 2024.

  1. Anya Taylor-Joy
  2. Zendaya
  3. Bella Hadid
  4. Margot Robbie
  5. Song Hye-kyo
  6. Beyonce
  7. Taylor Swif
  8. Zhang Ziyi
  9. Alia Bhatt
  10. Nazanin Boniadi
Sumber: The Sun UK

#wanita #Joy #Dunia #Sebab #2024 #Taylor #anya #kenapa #tercantik