Sukan
Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun
Khabar duka kem badminton China apabila pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam Ahad.
Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.
Sebelum kejadian Zhi Jie dilihat menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.
Berita sedih itu dikongsi menerusi kenyataan bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).
"Dia kemudian dikejarkan ke hospital menerusi ambulans, namun meninggal dunia pada jam 23.20 waktu tempatan semalam (Ahad)," kata kenyataan tersebut.“Pemain perseorangan China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi. Doktor kejohanan dan pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal.
Badminton Asia, PBSI dan Jawatankuasa Penganjur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA).
"Dunia badminton kehilangan pemain berbakat,” katanya.
Pertandingan kategori berpasukan bermula sejak 28 Jun hingga 2 Julai.
Selepas acara berpasukan saingan akan bersambung dengan pertandingan kategori individu.
Sumber: Sinar Harian
BERITA TRENDING: Ahli Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
BERITA TRENDING: Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
BERITA TRENDING: Pelajar Singapura Ini Meninggal Dunia Selepas Ujian Kecergasan Sekolah, Ibunya Pula Dermakan Organ Kepada 3 Pesakit Yang Memerlukan
Must-Watch Video