Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Sebab Kenapa Farid Kamil Mahu Anak-Anak Aktif Sukan Sejak Usia Kecil

Asyikin Mayudin
21/06/2024 06:55 MYT
Pelakon Farid Kamil mahu anak-anaknya terdedah dengan aktiviti sukan di usia muda untuk perkembangan minda dan fizikal.

Anak Aktif Sukan

Farid memberitahu anak pertamanya iaitu Mohammad kini aktif bermain bola sepak dan sukan pemotoran manakala puterinya, Nur Aurora didedahkan dengan gimnastik serta tenis.

“Bagi saya, membenarkan anak-anak main sukan di peringkat kecil lagi, pendedahan awal ini… pada saya sangat terbaik. Macam saya sendiri, memang aktif daripada kanak-kanak lagi.

“Saya nak anak-anak saya ini apa saja aktiviti sukan, mereka tak ralat atau tak takut untuk lakukan. Pada saya, dari situ kita dapat lihat perkembangan minda dan fizikal mereka secara positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Sedang Nikmati Kebahagian, Akui Badan Semakin Berisi - “Ini Kali Pertama Berat Saya Mencecah Sebanyak…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle

“Macam Mohammad, aktif main bola dan sukan pemotoran, manakala Aurora, sekarang ini kita bagi dia pendedahan gimnastik dan tenis,” kata Farid kepada Gempak.

Sesi Latihan

Dalam pada itu, Farid turut mendedahkan anak sulungnya itu mendapat latihan dalam bermain bola di kelab milik pemain pasukan Korea, Kim Do Hoon.

“Saya lihat ibu bapa terutama di luar negara barat, mereka mendedahkan anak-anak mereka di peringkat yang kecil untuk mencuba sukan-sukan.

“Daripada itu kita boleh tengok mana minat dia. Macam Mohammad pun ada kelas latihan di mana dia belajar di KDH, Kim Do Hoon… pemain worldcup di Korea, dia buka kelab di sini,” ujarnya.

Sentiasa Beri Dorongan

Sementara itu, Farid berkata dia dan isterinya, aktres Diana Danielle sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus aktif dalam sukan.

“Kami tak pernah menghalang anak main sukan sampai ke luar negara. Sebab bagi kami, dia dah puas main dekat Malaysia, kita bagi cuba peringkat antarabangsa lebih awal.

“Supaya minda dia terbuka dan minat untuk serius dalam satu bidang itu kita boleh dorong,” katanya yang bakal muncul dengan filem Gold pada 11 Julai nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN: A-Level & Diploma Sekali Jalan! Diana Danielle Sambung Belajar - "Ada Orang Cakap Bodoh Tapi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!

ARTIKEL BERKAITAN: Fadzil Temani Farid Ketika Rumah Tangga Bergolak! - "Jika Dia Berseorangan, Saya Takut Dia ..."
#Diana Danielle #Farid Kamil #Nur Aurora #Farid Diana #Anak Farid #Mohammad
;