,
Hiburan

A-Level & Diploma Sekali Jalan! Diana Danielle Sambung Belajar - "Ada Orang Cakap Bodoh Tapi ..."

Amri Hassan
14/01/2024
07:55 MYT
Pedulikan kata-kata orang, pelakon jelita Diana Danielle meneruskan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

BERITA TRENDING: Cantik, Pandai Memasak & Suka Bersenam, Ini Lapan Trivia Menarik Bakal Isteri Prince Mateen

Jelas Diana, dia bakal mengikuti A-Level dan Diploma secara serentak dalam jurusan Biokimia dan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan.
"Saya mula belajar kembali. A-Level dan diploma sekali jalan.
“Sesetengah orang cakap bodoh tetapi saya panggil ini ‘thrist trap’ (perangkap) dalam versi pendidikan.
“Untuk konteks, dulu saya pernah masuk Bioteknologi tetapi sangat jauh dengan minat sebab mak suruh. Sekarang, saya buat Biokimia dan Psikologi dalam A-Level serta Pengurusan Perniagaan bagi diploma,” katanya menerusi aplikasi X.

PILIHAN PEMBACA: Ini 10 Penyanyi Yang Selalu Didengar Oleh Pelajar-Pelajar Dengan GPA 3.5 Ke Atas… Semua Artis…

Bagaimanapun, Diana tidak berkongsi institusi pengajian yang dipilih untuk menyambung pengajiannya kelak.

BERITA TRENDING: Dituduh Masuk Giatmara Pakai Cable, Kak Ojie Backup Diri Sendiri - "Ada Bukti Tak? Orang Penat…

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Farid Kamil itu turut memaklumkan perancangannya selepas menghabiskan A-Level dan diploma.
“Rancangannya, saya akan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Neurosains dan juga menyambung diploma dalam bidang pemasaran.
“Jangan risau, saya boleh habiskan semua ini dalam masa saya sendiri kerana saya sudah ada karier yang kukuh untuk menyelamatkan saya.
“Saya akan berkongsi hari gembira dan buruk menjadi pelajar di sini (laman X). Luangkan masa anda untuk buat saya rasa macam ada salah tetapi apa yang terbaik percaya bahawa saya akan tunaikan janji saya,” ujarnya.
Pada tahun 2018, pelakon filem Imaginur itu pernah mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat dalam bidang penerbitan filem.
Kursus yang diadakan di New York Film Academy (NYFA) di kampus Los Angeles selama dua bulan ditanggung sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai imbuhan kemenangannya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Hanyut) dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017.
Diana juga pernah menghadiri kursus lakonan di NYFA sekitar tahun 2011 sebelum menyambung dalam bidang Produksi Siaran Langsung di National Institute Of Dramatic Art (NIDA), Australia pada 2013 sewaktu awal perkahwinan bersama Farid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar