Viral

Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup

gempak
Izwan Isa
25/04/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Tabby berkata, sungguhpun Syasya sudah tidak lagi bersama mereka sebagai satu kumpulan, namun, mereka sentiasa menghormati dan mengokong keputusan yang dibuat oleh penyanyi berusia 23 tahun itu.

Sedih

“Ketika dia break the news, of course dia beritahu kami secara berdepan. Sebenarnya, mestilah ada perasaan sedih selepas mengetahui keputusan Syasya. Sebab kita sudah lagi tidak akan seperti dulu.
“Tapi apa pun, kita masih lagi bersahabat dan akan sentiasa happy dengan setiap keputusan yang dilakukan oleh Syasya,” katanya kepada Gempak.
Tabby berkata demikian ketika ditemui pada sidang media usai Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia Bersama Samsung yang diadakan pada Rabu.

Bittersweet

Sementara itu, Sabronzo pula berkata, pengunduran Syasya daripada DOLLA dianggap sebagai satu berita yang ‘bittersweet’.
“It’s a bittersweet. Dan dalam masa sama, itu (undur diri) merupakan keputusan yang dibuat oleh Syasya.
“Daripada mula lagi kita dah faham yang setiap daripada anggota DOLLA mempunyai perancangan yang berbeza.
“Jadi, siapalah kita untuk memberitahu Syasya yang ini masa yang sesuai atau tidak untuk dia membuat keputusan berkenaan. Bagaimanapun, kita akan terus sokong Syasya,” katanya ringkas.

Undangan

Sementara itu, ditanya adakah anggota kumpulan lain menerima undangan untuk menghadiri majlis pernikahan Syasya, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia berkata: “Sebarang perancangan, dia perlu beritahu kita dahulu.
“Tapi sudah tentu keluarganya mahu adakan majlis yang lebih tertutup. Jadi, kita hormati perkara itu. Menerusi perbualan saya bersamanya, kalau dia nak buat (majlis kahwin), sama ada buat besar-besaran atau buat secara private,” tuturnya.
Terdahulu, peminat DOLLA dikejutkan dengan berita pengunduran diri Syasya daripada kumpulan berkenaan dengan alasan yang melibatkan hal peribadi.
Ahad lalu, Syasya sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila dia mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati pada sebuah majlis tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Umum Keluar Dolla Atas Sebab Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Pasca Undur Diri Daripada Dolla, Syasya Kini Sudah Bertudung?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live