Perkongsian gambar ‘tayang badan’ yang dibuat pelakon, Meerqeen berjaya meraih perhatian ramai baru-baru ini.

Motivasi orang ramai

Bagaimanapun Meerqeen atau nama lengkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menganggap perkongsian gambar yang dibuat itu hanyalah sekadar untuk memberi motivasi kepada orang ramai.

Malah, pelakon drama Framed itu juga memohon maaf sekiranya perkongsian gambar ‘panas’ itu disalahertikan mana-mana pihak.

“Post gambar itu bagi saya itu adalah satu pencapaian bagi saya kalau ada sesuatu progres itu semestinya saya bangga lah.

“Perkara itu juga bagi saya boleh motivate kan orang, tapi kalau ada yang salah anggap pasal perkara itu saya minta maaf.

“Badan saya pernah kurus dan pernah menjadi sebesar itu jadi bagi saya ia hanyalah sekadar untuk memberi motivasi buat orang ramai.

“Saya bukan nak mendapatkan pujian tetapi tujuan saya muat naik gambar tersebut adalah untuk orang ambil itu sebagai motivasi,” katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: Beri Sumbangan & Makin Kerap Bersuara Di Media Sosial, Sokongan Meerqeen Terhadap Palestin Tetap Kukuh

Dalam pada itu, Meerqeen juga memaklumkan bahawa dia mengambil masa selama tiga bulan untuk mendapatkan hasil badan seperti itu.

“Sebab dulu pun saya kurus, gemuk jadi bagi saya, saya okay kalau orang happy dan ter motivate dengan benda tu jadi seorang yang lebih sihat.

“Sebenarnya badan itu saya buat untuk drama Framed, saya mengambil masa 3 bulan untuk buat badan seperti itu daripada badan saya kurus iaitu 69kg jadi 79kg, jadi dia naik 10kg,” tambahnya lagi.

Terdahulu, perkongsian gambar yang memperlihatkan tubuh badannya yang kekar di Instagram telah menyorot perhatian wargamaya.

Rata-rata netizen memuji tubuh badan aktor tersebut yang kelihatan begitu sasa dan berotot.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan jantung mereka bergetar selain ada yang ingin menjadikan foto berkenaan sebagai gambar hiasan atau ‘wallpaper’ di telefon bimbit mereka.

Berita Trending: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…

Berita Trending: Selalu Tak Datang Set Penggambaran, Tony Eusoff Dedah Nak Tampar Aktres…