Pelakon dan pengarah terkenal Datuk Hans Isaac menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang daripada menghadiri sebuah majlis di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi laman sosial Instagram, Hans berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut beserta hasil keputusannya untuk tatapan umum.

“Ini adalah tanggungjawab kita. Angka semakin meningkat dari sehari ke sehari. Berusahalah, be safe Malaysia,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Hans dilihat terbatuk sambil ketawa menahan keperitan selepas sampel diambil.

It’s our responsibility guys. . Numbers are rising by the day . Time to make that effort . Be safe Malaysia.

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on


Pada hasil ujian saringan tersebut jelas tertera ayat ‘not detected’ yang membawa maksud tiada gen SARS-2 Coronavirus yang didapati daripada hasil sampel yang diperiksa.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya berkongsi rasa sakit melakukan ujian saringan setelah menonton video tersebut.

Malah, ramai yang mendoakan agar Hans sentiasa berada dalam keadaan baik.

Be safe, awak ada jumpa ramai orang sejak kebelakangan ni kan,” komen seorang wargamaya.

“Takut tengok bab jolok hidung dengan mulut. Apa-apa pun, stay safe datuk,” kata seorang wargamaya.

“Ngilanya abang Hans. Baru balik dari Kota Kinabalu kan,” tulis seorang wargamaya.

“Saya tak rasa apa pun masa ambil sample dari hidung. Pelik ramai cakap sakit,” ujar seorang wargamaya.

“Nampak sakit, takuttt! Pengalaman pertama saya nasib baik okay dan biar ia kekal macam tu,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 3,500 tanda suka daripada warga Instagram.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.