Kejutan demi kejutan dari penyanyi rap Malique!

Selepas melancarkan lagu Sedih Hati, gabungan suara nyanyian Allahyarham Mona Fandey, Malique menampilkan pula anak daranya, Inca Medina dalam muzik video lagu terbabit versi akustik.

BACA: [VIDEO] Netizen Dakwa Single Baharu Malique Ada Sedutan Lagu Mona Fandey?- "Vibes Meremang..."

Dalam muzik video itu, terdapat beberapa pemuzik yang bermain instrumen masing-masing sambil diiringi seorang gadis bernama Inca yang menggesek biola.

Hal itu mencambahkan rasa teruja dalam kalangan warganet yang pertama kali dapat melihat anak Malique.

Malah, ramai yang meluahkan rasa teruja dapat melihat kecantikan Inca yang rata-ratanya menyifatkan gadis itu mirip Malique.

Sebelum ini, nama Inca Medina hanya disebutkan dalam lagu Senyum (nyanyian bersama NJWA).

"Muka Malique betul, Inca Media dan besar dah.

"Terpacul dia punya muka iras Mr General kalau Inca senyum

"Besar dah Inca Medina, yang kita kenal hanya melalui lagu," tulis beberapa warganet.