INNOVATHON 2: Peserta Cilik Berusia 14 Tahun Ini Bawa Prototaip Nutri Eco Soil, Tanah Organik Sisa Makanan
Umirah Halim
07/06/2024 14:55 MYT
07/06/2024 14:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Istimewanya kali ini, program inisiatif oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama dengan Astro ini turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar, bermula di peringkat sekolah.Ujibakat On The Ground
Ujibakat On The Ground Innovathon 2 telah berlangsung dengan jayanya di Johor dan Pulau Pinang pada minggu lalu.
Antara yang menarik perhatian pada ujibakat di Pulau Pinang minggu lalu termasuk prototaip yang dipersembahkan oleh peserta cilik berusia 14 tahun, Mridushaa Nair yang membawa prototaip Nutri Eco Soil.
Pada awalnya, projek ini dibuat untuk projek sains sekolah rendah bersama 2 orang kawan, bagaimanapun projek ini diteruskan walaupun 3 sahabat ini berlainan sekolah menengah.
Nutri Eco Soil merupakan tanah organik dari sisa makanan yang berfungsi untuk membantu penduduk yang tinggal di kediaman strata (kondo/apartment) melakukan aktiviti bercucuk tanam.
Tanah ini boleh digunakan supaya dapat mengelakkan kebocoran air daripada rumah di tingkat atas.
Terdahulu, musim pertama INNOVATHON menyaksikan inovasi peranti sensor DNA bagi mengesan virus dan kanser yang dinamakan NACOTS dinobatkan sebagai juara.
Sesi uji bakat di seluruh negara telah bermula dan akan turut singgah di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Musim kedua dijangka mula bersiaran di Astro RIA, November depan.
Cara-cara sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua:
1. Secara Online di http://gempak.com.my dari 1 Jun hingga 21 Jun 2024
2. Secara On Ground di Institusi Pengajian Tinggi bermula 1 Jun 2024
Lokasi Ujibakat On Ground:
1 - 2 Jun : Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang & Universiti Malaysia Terengganu
8 & 9 Jun : UMS Kota Kinabalu, Sabah & UNIMAS Kampus Sibu, Sarawak
22, 23 & 24 Jun : Universiti Malaya
Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan…
Berita Trending: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
Berita Trending: RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
Berita Trending: #PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."
Berita Trending: “Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib
Berita Trending: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”
Istimewanya kali ini, program inisiatif oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama dengan Astro ini turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar, bermula di peringkat sekolah.
Ujibakat On The Ground
Ujibakat On The Ground Innovathon 2 telah berlangsung dengan jayanya di Johor dan Pulau Pinang pada minggu lalu. Antara yang menarik perhatian pada ujibakat di Pulau Pinang minggu lalu termasuk prototaip yang dipersembahkan oleh peserta cilik berusia 14 tahun, Mridushaa Nair yang membawa prototaip Nutri Eco Soil.