UjiBakat-Ujibakat

INNOVATHON 2: Profesor Madya Dr. Nur Faeza Pertaruh BioGel Bait Moz Di Ujibakat On The Ground Pulau Pinang

gempak
Umirah Halim
05/06/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
INNOVATHON 2: Profesor Madya Dr. Nur Faeza Pertaruh BioGel Bait Moz Di Ujibakat On The Ground Pulau Pinang
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Istimewanya kali ini, program inisiatif oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama dengan Astro ini turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar, bermula di peringkat sekolah.

Berita Trending: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh…

Ujibakat on the ground

Ujibakat On The Ground Innovathon 2 telah berlangsung dengan jayanya di Johor dan Pulau Pinang pada minggu lalu.
Antara yang menarik perhatian pada ujibakat di Pulau Pinang minggu lalu termasuk prototaip yang dipersembahkan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Profesor Madya Dr. Nur Faeza Abu Kassim yang membawa prototaip BioGel Bait Moz.

Berita Trending: Jaclyn Victor Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Baharu - "Sebelum…

BioGel Bait Moz merupakan sejenis biogel yang diinovasikan untuk menarik perhatian nyamuk sekaligus akan menyebabkan nyamuk itu mati kerana menghisap cairan manis yang telah diekstrak dengan buah-buahan dan kandungan yang mampu membunuh nyamuk.

Biogel ini mampu membunuh telur nyamuk dan jentik-jentik apabila diletakkan di dalam air sekaligus membantu pengawalan pembiakan nyamuk secara optimum.

Berita Trending: Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik…

Untuk info, Prof Madya Dr. Faeza telah menjalankan kajian selama 15 tahun tentang inovasi ini sejak beliau melanjutkan pengajian di peringkat PhD.
Bagaimanapun sebelum ini, pembangunan inovasi ini terhenti tahun lalu kerana Prof Madya menjaga ayah yang sakit dan telah kehilangan ayah beliau tahun lalu.

Berita Trending: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

Kini, beliau kembali mempertaruhkan inovasinya di ujibakat on the ground INNOVATHON 2 baru-baru ini.
Terdahulu, musim pertama INNOVATHON menyaksikan inovasi peranti sensor DNA bagi mengesan virus dan kanser yang dinamakan NACOTS dinobatkan sebagai juara.
Sesi uji bakat di seluruh negara telah bermula dan akan turut singgah di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Musim kedua dijangka mula bersiaran di Astro RIA, November depan.
Cara-cara sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua:
1. Secara Online di http://gempak.com.my dari 1 Jun hingga 21 Jun 2024
2. Secara On Ground di Institusi Pengajian Tinggi bermula 1 Jun 2024
Lokasi Ujibakat On Ground:
1 - 2 Jun : Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang & Universiti Malaysia Terengganu
8 & 9 Jun : UMS Kota Kinabalu, Sabah & UNIMAS Kampus Sibu, Sarawak
22, 23 & 24 Jun : Universiti Malaya

Berita Trending: Ustaz Don Daniyal Direhatkan RTM Terkait Isu Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live