Pernahkah anda ke Autism Café Project (ACP) yang terletak di SACC Mall Shah Alam? Kafe yang diuruskan oleh gabungan ayah dan anak ini terzahir daripada cita-cita seorang ayah yang berhasrat memberikan sokongan dan harapan kepada anak-anak autism yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam meneruskan kelestarian kehidupan mereka.

Kempen #InspirasiBersamaAFFIN, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) AFFIN ISLAMIC kali ini bersama-sama dengan Mohd Adli Yahya, seorang ayah yang penuh dengan rasa kasih sayang dan ia tidak hanya terhenti setakat anaknya sahaja.

Mohd Adli Yahya meninggalkan kerja sepenuh masanya untuk menjalankan projek ACP, satu platform yang menyediakan harapan dan peluang kepada anak-anak autism yang berumur 17 tahun dan keatas.

Kasih sayang beliau terhadap anaknya yang menghidap autism menjadi inspirasi untuk beliau memulakan projek tersebut, dengan harapan dapat membantu mereka berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri, biarpun mereka adalah anak-anak istimewa.



Anak beliau, Muhammad Luqman Shariff merupakan penyebab utama beliau memulakan projek ini kerana Mohd Adli bimbang tentang masa depan anaknya itu yang juga seorang pengidap Autism.

Mohd Adli turut mengunjungi Selangor and Federal Territory Association for the Mentally Handicapped (SAMH) yang terletak di Wisma Harapan, sebuah badan bukan kerajaan yang menyediakan latihan pembelajaran dan kemahiran kepada anak-anak istimewa dan orang dewasa yang menghadapi kecacatan mental, dengan melengkapi mereka dengan ilmu untuk meneruskan kehidupan mereka dengan produktif.

Melalui #InspirasiBersamaAFFIN, AFFIN ISLAMIC berhasrat untuk membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menaja sebuah ruang permainan kanak-kanak di Wisma Harapan yang disediakan khas untuk anak-anak istimewa ini menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan di pusat latihan berkenaan.

#InspirasiBersamaAFFIN adalah satu budaya yang ingin diterapkan oleh AFFIN ISLAMIC agar dapat dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memulakan sumbangan walau sekecil mana sekalipun.



Malah, usaha murni AFFIN ISLAMIC ini menjadi lebih mudah apabila AFFIN ISLAMIC menyediakan platform untuk rakyat Malaysia menyimpan sambil menderma melalui produk deposit mereka, AFFIN Barakah Charity Account – i yang mana dana kebajikan terkumpul daripada deposit ini akan disalurkan kepada organisasi-organisasi kebajikan terpilih.

AFFIN Barakah Charity Account-i mempunyai ciri-ciri yang sungguh memudahkan anda.

Ciri-ciri:
• Akaun simpanan Patuh Syariah.
• Deposit permulaan sebanyak RM100.00
• Baki minima yang perlu dikekalkan hanyalah RM10.00
• Penyata atau Buku Bank untuk memudahkan anda menyemak transaksi akaun
• Mempunyai Kad Debit Visa AFFIN ISLAMIC
• Sangat mudah dengan perbankan secara Internet di affineOnline.com
• Akses mudah untuk rangkaian cawangan kumpulan AFFINBANK

Manfaat:
• Simpan Dan Sumbang - Memberikan kemudahan untuk anda membantu mereka yang memerlukan.
• Sumbangan Derma Yang Fleksibel – Memberikan anda fleksibiliti untuk menukar peratusan derma dan sebagainya.
• Pemindahan Wang Untuk Sumbangan Dana Percuma Setiap Bulan – Menyediakan perkhidmatan mudah tanpa bersusah payah melalui pindahan Hibah untuk menderma.

Mari kita semua bersama-sama menyumbang bagi tujuan amal dengan membuka akaun AFFIN Barakah Charity Account-i dan sekaligus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Anda juga boleh ikuti kami di Facebook affinislamic, Instagram @affinislamic dan juga Twitter @AffinIslamic.

Jom kita sama-sama saksikan video yang penuh inspirasi ini.