Berganjak lokasi dari Auditorium DBKL ke pentas Istana Budaya, Inspitari 2018 sekali lagi melakar sukses pada 3 dan 4 September lalu.
Bagi yang kurang jelas apakah itu Inspitari, ia merupakan gabungan perkataan Inspirasi dan Tari bagi mencari tarian baharu di Malaysia.
Dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN seluruh negara, sebanyak 15 tarian kreasi baharu dipersembahkan kali ini.
Gempak berpeluang menonton persembahan pada malam kedua dan harus diakui, kesemua persembahan bertaraf antarabangsa dan patut dipuji.
Jadi, kami kongsikan beberapa perkara menarik yang berlaku pada Malam Gala Inspitari 2018 baru-baru ini.
1. Konsep Mek Mulung dan Mak Yong menjadi tukang cerita masing-masing pada malam pertama dan kedua. Menariknya, penonton seolah-olah dibawa meneroka satu-persatu negeri di Malaysia.
2. Permata Seni Tari muncul dengan selingan tarian Sep Sep Tom Tom. Adaptasi daripada lagu-lagu kanak-kanak dengan gerakan lincah sangat memukau dan mengujakan. Hebat!
3. Kami puji kreativiti kumpulan JKKN Johor yang mempersembahkan tarian Joget Wau Merak.
Penari menggunakan props busur wau untuk menghasilkan bunyi dan gerakan yang diserasikan dengan muzik. Memang best!
4. Satu-satunya kumpulan JKKN yang menggunakan khidmat koreografer berbangsa India ialah JKKN Perlis dengan karya Ghencak Kebaya.
5. Antara karya tarian kreasi menarik yang tidak patut dilepaskan ialah Rongbang Chetti (Melaka), Sape' Kui (Sarawak), Joget Kampung Bharu (Ibu Pejabat), Joget Konda Kondi (Perak), Sua'an Teke (Sabah) dan Jo'oh Gunak (Kuala Lumpur).
Amri Hassan
Wed Sep 12 2018
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.