Hiburan

Instagram Padam IG Story, Bella Hadid Berang! - “Saya Bangga Jadi Rakyat Palestin”

gempak
Azwa Rahman
08/07/2020
10:54 MYT
Sponsor Banner
Instagram Padam IG Story, Bella Hadid Berang! - “Saya Bangga Jadi Rakyat Palestin”
Supermodel antarabangsa Bella Hadid menyelar tindakan laman sosial Instagram (IG) yang menurunkan IG storynya hanya kerana dia meletakkan perkataan Palestin.
Menerusi laman sosial yang sama, Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid berkongsi asal usul keluarganya dari Palestin begitu lantang menyuarakan kemarahan.
“Instagram telah menurunkan IG story saya yang berkata ‘bapa saya dan tempat kelahirannya di Palestin’ serta gambar pasport Amerika miliknya.
“Instagram, bahagian mana yang menyatakan saya bangga tempat kelahiran bapa saya di Palestin sebagai ‘bullying, harassment, graphic or sexual nudity’?
“Adakah kami tidak layak bergelar rakyat Palestin di Instagram? Perkara ini pada saya adalah membuli.
“Awak tak boleh memadam sejarah dengan menutup mulut seseorang,” tulis Bella lagi.
Menerusi perkongsiannya lagi, Bella memuat naik sekeping gambar pasport milik bapanya sambil bertanya, “adakah awak mahu dia menukar tempat kelahirannya semata-mata untuk awak?”.
Meninjau ke ruangan Twitter, ramai yang menyokong suara lantang Bella serta mengecam tindakan Instagram.
“#freepalestin jika awak tak memikirkan sebaliknya, sila jauhkan diri awa daripada saya,” tegas seorang wargamaya.
“Harap awak boleh bawa suara ini ke satu perubahan yang lebih baik #freepalestin,” kata seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, sejarah keluarga Hadid meyaksikan bapanya Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin serta membesar di Syria dan Labenon sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024