Laman Utama

"Insya-Allah, Sabar..." - PM Beri Bayangan Rentas Negeri Beberapa Minggu Lagi

gempak
Asraf Aided
25/09/2021
01:40 MYT
Sponsor Banner
"Insya-Allah, Sabar..." - PM Beri Bayangan Rentas Negeri Beberapa Minggu Lagi
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan tentang kebenaran aktiviti rentas negeri akan dapat diberikan dalam beberapa minggu lagi.
Beliau berkata, populasi dewasa dalam negara sudah mencapai 81 peratus lengkap vaksin COVID-19 setakat 22 September (Rabu), kadar 90 peratus boleh dicapai dalam beberapa minggu sahaja lagi untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri.
"Insya-Allah, sabar, tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri.
"Kalau Rabu sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi boleh rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa.
"Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa," katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Putrajaya semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat Malaysia akan dibenarkan rentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Ia adalah berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: BERNAMA Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live