Hiburan

Intan Najuwa Dedah Kenapa Suami Bertongkat - "Bukan Ikut Trend Tapi..."

gempak
Amri Hassan
14/04/2024
14:49 MYT
Sponsor Banner
Intan Najuwa Dedah Kenapa Suami Bertongkat - "Bukan Ikut Trend Tapi..."
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil menjawab tanda-tanya warganet apabila suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman dilihat bertongkat pada sambutan Aidilfitri minggu lalu.
Jelas Intan, suaminya bukan mengikut trend semasa dengan bertongkat sebaliknya mengalami kecederaan akibat jatuh ketika menunggang kuda.
"Jangan tanya kenapa suami saya pakai tongkat. Dia baru lepas jatuh kuda.
“Ada masa dia okey, ada masa datang sakit dia. Saya pun pening.
“Degil, seminggu sebelum raya pergi naik kuda," ujarnya menerusi video di TikTok.
Pun begitu, ramai yang merasakan imej bertongkat sesuai dengan Azraf dan dilihat seperti golongan berada.

BERITA TRENDING: Ada Yang Tanya Kenapa Suami Nampak Kurus, Ada Juga Yang Perasan Penampakan Baby Bump… Ini Respons Intan Najuwa!

Untuk rekod, Intan dan Azraf diijabkabulkan pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.

PILIHAN PEMBACA: “Bestnya Kaya Unlimited” - Netizen Terpegun Lihat Aktiviti Percutian Luar Negara Intan Najuwa & Suami

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live