Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Intan Najuwa Rimas Netizen Suka ‘Compare’ Kehidupan Dengan Artis Lain - “Bukan Nak Hidup Lawan Siapa Terpaling Humble”

Asyikin Mayudin 08/05/2025 | 06:44 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa rimas dengan komen netizen yang membuat perbandingan kehidupannya dengan selebriti lain.

Berhenti petik nama

Menerusi perkongsian di Platform, Intan meminta semua pihak berhenti memetik namanya dalam membuat perbandingan memandangkan dia hanya mahu menjalani kehidupan tanpa sebarang persaingan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Makan Tempat Mewah, Main Golf…” Atikah Suhaime Kongsi Tips Jumpa Suami Kaya

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah Anak Saya Bijak, Dia Tahu Mana Satu Mak Dia” - Intan Najuwa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Lunara Hadapi Tekanan, Intan Najuwa Sanggup Tak Pulang Beraya - "Ia Sangat Sukar Sebab..."

“Boleh tak awak semua macam berhenti memetik nama saya dalam perbandingan dengan orang lain? Saya hanya di sini melakukan perkara saya sahaja.

“Menjalani kehidupan terbaik saya tanpa sebarang persaingan. Jika apa yang saya kongsikan menganggu awak, unfollow saja saya. Saya hanya jalani kehidupan saya tanpa mencuba menggembirakan sesiapa.

“Bukan nak hidup lawan siapa yang terpaling humble. Maaf tetapi ia agak menjengkelkan,” kata Intan.

Kerja keras

Membalas komen netizen, Intan turut menegaskan kehidupannya kini merupakan hasil kerja kerasnya tanpa menganggu atau mengikuti orang lain.

“Saya kecil-kecil tak dimewahkan pun. Ibu dan bapa sangat-sangat strict. Tapi bila saya dah besar dan bekerja, saya kerja sangat keras.

“Belajar dan kerja sungguh-sungguh nak dapatkan apa yang saya dapat sekarang. Saya tak pernah kacau orang pun. Saya hanya jalani kehidupan saya seperti mana saya mahu.

“Takkan nak kena ikut hidup orang lain. Masing-masing ada cara masing-masing kot,” ujarnya.

Taraf hidup

Dalam pada itu, Intan turut memberitahu dia tidak pernah mengambil tahu mengenai taraf hidup orang lain.

“Saya ini tak pernah kisah pun fasal taraf hidup, siapa dia siapa ini. Dengan semua orang saya kawan. Dengan semua orang saya tegur. Siapa pernah jumpa saya, dia tahu la macam mana saya dekat luar.

“Tapi tu la kenapa eh ramai nak bandingkan itu ini, padahal saya hanya jalani kehidupan saya tanpa kacau orang. Macam pertandingan pula,” katanya lagi.

#pelakon #Selebriti #Artis #Intan Najuwa #Kehidupan #Kehidupan mewah