Usahawan dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Iqbal Zulkefli terus mencetuskan kontroversi apabila menawarkan RM500,000 kepada mana-mana pihak yang boleh menghasilkan lagu untuknya.

Menurut Iqbal, bajet itu disifatkan rendah kerana merangkumi kos video muzik. Katanya, dia harus berjimat ketika keadaan ekonomi yang tidak boleh dijangka.

"Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja.

"Kenapa ramai pertikai saya mahu keluarkan bajet RM500,000? Nilai ini bukan untuk lagu sahaja, ia termasuk kos video muzik. Ada yang tawarkan RM600,000. Jadi saya rendahkan sedikit kerana ekonomi sekarang kita tidak boleh jangka. Saya terpaksa jimat cermat," coretnya di Instagram Story.





Dalam pada itu, Iqbal tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini kerana dia mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.

"Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan founder lain; asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid Negeri Kelantan, juga naib juara peringkat Malaysia di radio.

"Ibu saya penulis lirik album nasyid juara Kebangsaan," tulisnya dalam perkongsian berlainan.



Sementara itu, rapper dan usahawan Caprice memberi respon kepada tawaran Iqbal menerusi Instagram Story miliknya.

Kata Caprice, dia boleh hasilkan lagu serta video muzik atas pasir dengan kereta Range Rover.

"@ahmadiqbalzulkefli kita boleh buat sekali dengan muzik video bro atas pasir range rover Insya-Allah sek sek kito," tulisnya.

Justeru, Iqbal meminta pendapat orang ramai sama ada Caprice boleh dipilih untuk menghasilkan lagu buatnya.

"Saya perlu minta pendapat semua, okay tak jika saya minta @capriceofficial buatkan lagu untuk saya? Saya perlukan pendapat orang ramai kerana saya bukan orang industri muzik dan saya tidak mahu dicop merosakkan industri muzik," coretnya.



Terdahulu, Iqbal terpalit dengan kontroversi 'kahwin tak kahwin' dengan DSV yang turut membabitkan nama dua jutawan kosmetik itu, Cik B & Kacak.

BACA: #G The Untold Story: Kacak Restu DSV Kahwin, Cik B; "Ayah Baru Okay Tapi Jangan Childish"

Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!