Hiburan
Iqbal Zulkefli Habiskan RM1 Juta Seminggu, Azhar Sulaiman Kata Angkuh, Tuan Badan Tegur - “Maafkan Saya, Abang Perlu Baca Penuh Baru Tahu Tujuan”
Pempengaruh, Iqbal Zulkefli menegur pelakon, Azhar Sulaiman yang mengatakan dirinya angkuh hanya kerana dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Iqbal tegur Azhar Sulaiman
Iqbal menerusi ruangan komen di Instagram menyatakan Azhar seharusnya membaca penulisan artikel itu sepenuhnya sebelum membuat sebarang dakwaan.
“@azharbsulaiman Maafkan saya, abang perlu baca penuh penulisan saya tentang ni ya. Baru tahu tujuannya bukan untuk angkuh,” tulisnya.
Bukan angkuh tapi bersebab
Dalam pada itu, Iqbal menerusi hantaran di Insta Story miliknya menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk bersikap angkuh sebaliknya hanya menjawab pertanyaan netizen.
Malah kata Iqbal, dia siap meninggalkan pesan kepada mereka supaya jangan membazir.
“Sejak berita ini, saya terima beratus orang minta bantuan. Pertama, kalian semua perlu tahu, sejak dulu saya katakan saya bukanlah orang yang begitu senang.
“Kenyataan ini bukan juga semata-mata untuk angkuh tetapi hanya menjawab pertanyaan pengikut, lalu saya pesan, jangan membazir, itu tidak bagus.
“Zaman sekarang, RM1 juta ni, peniaga online pun ramai yang capai. Rugi berjuta juga orang tidak tahu. Komitmen saya, kepayahan saya berniaga sendiri tiada siapa tahu.
“Perniagaan saya di TV sejak hampir 10 tahun sehingga sekarang, apabila masuk pendapatan sangat besar, hilang modal pun terus besar. Cuma saya tidak cerita kesusahan.
“Tidak pernah ada pihak invest pada perniagaan saya. Kalau ada pun, kelonggaran dari segi pembayaran.
“Sebenarnya dari universiti lagi saya ditawarkan pekerjaan lebih 14 syarikat.
“Adakah kalian tahu saya pernah bekerja tukang cuci pinggan selama setahun? Adakah kalian tahu saya pernah buka gerai burger sendiri selama setahun? Kalian tidak tahu saya hampir pengsan kerana terputus makanan,” jelasnya.
Terdahulu, Iqbal mengakui dia sudah bosan menjalani kehidupan bermewah dan mahu mengubah gaya hidup agar tidak boros berbelanja.
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Iqbal, 30, berkata, dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Dalam hantaran sama, Iqbal memberitahu dia perlu berjimat cermat kerana banyak komitmen yang perlu dibayar, apatah lagi dia bekerja sendiri.