,
Hiburan

Iqram Dinzly Bagi ‘Surat Hitam Kedua’ Untuk Fara Salleh, Sempat Titip Pesanan - “Pergi Ambil Wudhuk, Solat Taubat & Istiqorah Mohon Pada Allah…”

Asyikin Mayudin
14/08/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu iaitu Fara Salleh meminta aktor Iqram Dinzly agar tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka memandangkan aktor tersebut bukan berkahwin dengannya.

Jangan Guna Media Sosial

Bagaimanapun Iqram menerusi Instastory miliknya menegaskan tidak mungkin dia mahu berkahwin dengan wanita yang berstatus isteri selain turut menitipkan pesanan kepada Fara Salleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Didakwa Sedang Goyah, Ini Respons Shuk Sahar…

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Rindu Dengan ‘Video Call’ Anak-Anak di Sabah, Shuk Sahar Tak Pernah Lupa Tanggungjawab - “Kalau Ada Masa, Saya Pergi…”
Menerusi perkongsian itu, Iqram menasihati Fara agar menggunakan platfrom sepatutnya untuk menyelsaikan masalah rumah tangga yang dihadapinya bukan dengan berkongsi di laman sosial.
“Pertama kali, memanglah Iqram bukan kahwin dengan awak. Ish, apa yang awak merepek ini wahai si F yang cantik tapi perangai itu macam pelik. Pertama awak isteri orang.

“Mana mungkin nak berkahwin dengan isteri orang. Berdosa besar! Keduanya, awak buat onar dengan kenyataan awak terhadap sahabat kami yang juga nama besar.

“Sekiranya benar-benar awak menyayanginya, rasanya awak tidak perlulah gunakan media sosial untuk awak rasa diri itu terlebih benar. Pusat kaunseling ada. Masjid ada. Pejabat agama ada.
“Tapi bila awak kongsikan pada dunia ianya bererti sesiapa pun ada hak juga untuk mempertahankan deria rasa terhadap sahabatnya,” kata Iqram.

Rosakkn Nama Shuk

Mohon maaf terpaksa membuat surat terbuka lagi, Iqram berkata dia enggan mencampuri urusan mereka namun terpaksa mengeluarkan kenyataan kerana Fara didakwa cuba merosakkan nama Shuk yang dianggap sahabatnya.
“Minta maaflah ya kami terpaksa keluarkan surat hitam yang kedua ini supaya lebih jelas ada bukti yang balas membalas. Mana tahukan tiba-tiba sakit meroyan awak itu terlebih minum ketum.

“Haish narsistik awak itu sukar dibahas. Ya, kami akui kami tak perlu masuk campur rumah tangga sesiapa pun tambah pula makhluk seperti kamu.

“Cumanya jadi geram apabila kamu cuba merosakkan nama sahabat kami, Shuk yang rasanya usaha gigih bagai nak rak memenuhi kehendak kamu,” ujarnya.

Kembali Pada Allah

Pada perkongsian yang sama, Iqram juga memohon agar Fara kembali kepada Allah untuk meminta pertunjuk bagi menyelesaikan kemelut dengan suaminya.
“Sekiranya ada kesilapan suami kamu, media sosial bukan caranya untuk kamu lontarkan kata-kata seolah-olah play victim yang kamu itu malaikat yang Shuk Sahar pelesit haru biru sebab kesilapan lalu.

“Pergi ambil wudhuk, solat taubat dan istiqorah mohon pada Allah pertunjuk. Tak dapat lagi petunjuk… baca Al-quran kemudian cari buku kisah Siti Khadijah dan sirah Nabi.

“Insya-Allah akan banyak berjumpa pertunjuk. Sekarang awak boleh tengok sendiri komentar netizen siapa yang benar, siapa yang salah sebabnya Allah Maha Pertunjuk,” ujar.
Terdahulu, Fara pernah kongsikan permasalahan rumah tangganya di platform Thread yang mengundang pelbagai spekulasi antara dia dan suaminya, Shuk Sahar.
Bagaimanapun Shuk memilih untuk berdiam diri dan menegaskan dia tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.
Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan isterinya, Fara Salleh menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Raje mendakwa dia pernah menjadi saksi melihat Fara sering memarahi Shuk, ketika mereka berniaga nasi kerabu di Singapura.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Hiburan

Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”

gempak
30/10/2024
04:50 MYT
Penerbit dan pengarah legenda, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumah tangga.
Hiburan

Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

gempak
29/10/2024
06:50 MYT
Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.
Hiburan

Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

gempak
28/10/2024
12:25 MYT
Berita perceraian pelakon dan pengarah Que Haidar bersama bekas isteri Linda Jasmine baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Hiburan

“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

gempak
22/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isterinya, aktres, Scha Alyahya mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pasangan masing-masing sekiranya berlaku perselisihan faham.
Unitar