Tular di TikTok satu video menunjukkan kereta mewah jenis Lamborgini dipercayai milik pelngarah berkontroversi, Syamsul Yusof berasap di bahu jalan.

Kejadian difahamkan berlaku di sekitar kawasan ibu kota di Kuala Lumpur, pada Ahad malam.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sosok tubuh seperti Syamsul atau lebih dikenali dengan gelaran Sol itu keluar dari kereta mewah berwarna keemasan yang sedang berasap dengan kepulan asap berwarna putih dari bahagian depan.

Pengarah filem Mat Kilau itu bagaimana pun kelihatan seolah -oleh tenang keluar daripada keretanya sambil mencuba memeriksa keadaan sekeliling dengan sepuntung rokok di mulut.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tersebut berlaku masih tidak dapat dipastikan.

Menjengah di ruangan komen, netizen seolah-olah berseloroh dan memetik nama isteri keduanya Ira Kazar.
“hahahaha berdekak eh Ira Kazar bawak baldi,” komen salah seorang pengikut TikTok.

“hahahahahahaha maaf tergelak, Ira Kazar ok ke tu,” tanya seorang netizen.

“Mungkin tu kawasan denggi sol tolong fogging tempat tu,” seloroh seorang warga maya.

Tidak kurang juga mempertikaikan isu Syamsul sebelum ini yang mengelak untuk membayar nafkah seperti yang diminta isteri pertamnya, Puteri Sarah Liyana.

“Tula nafkah anak tak nak bagi sangat kereta boleh pula beli,” persoal seorang pengguna laman sosial.

Malah ada juga mengakatakan ia benar terjadi dan tidak nampak seperti sedang menjalani penggambaran
“Bukan shooting ni. Memang real. Cara orang ramai tengok macam terkejut..,” dakwa seorang netizen.

@cmfavorite

♬ original sound - syaza
Terdahulu Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah kemudian memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4