Berita

Ismail Sabri Bakal Selesaikan Isu Duit Deposit Majlis Perkahwinan Yang Tak Dipulangkan

gempak
Syafiqah Jalal
11/06/2020
11:13 MYT
Sponsor Banner
Ismail Sabri Bakal Selesaikan Isu Duit Deposit Majlis Perkahwinan Yang Tak Dipulangkan
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini kerajaan masih tidak membenarkan majlis perkahwinan diadakan dalam perhimpunan yang ramai, telah menyebabkan tempahan majlis terpaksa dibatalkan.
Namun bagi yang sudah memberikan wang pendahuluan kepada perancang perkahwinan kini kebanyakkannya sukar untuk mendapatkan wang mereka kembali.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Akta COVID-19 baharu yang bakal diwartakan oleh kerajaan sebaik ia dibentang dan diluluskan di Parlimen dijangka menyelesaikan beberapa isu termasuk isu tersebut susulan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.
“Insya-Allah akta tersebut tersebut akan dibentangkan di dalam Parlimen akan datang dan jika kita dapat kelulusan, dan diwartakan, kita akan laksanakan akta tersebut. Isu-isu berkaitan seperti yang disebutkan tadi (wang pendahuluan tidak dipulangkan) akan dapat kita selesaikan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu di mana pelanggan tidak dibenarkan mendapatkan semula wang pendahuluan mereka.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) sebagai komitmen bagi mengurangkan impak perundangan COVID-19.
Rang Undang-Undang itu dijangka dibentangkan pada sesi parlimen Julai ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live