"We're very lucky having him as our PM (Kita bertuah dapat Perdana Menteri seperti dia (Ismail Sabri)."
Demikian kata bapa saudara lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19, Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak, 36, selepas menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke kediaman mereka di Kota Perdana, Seri Kembangan, pada Sabtu.
Nasib lima beradik berkenaan iaitu Muhammad Hadhrami, 11, Husna Humaira, sembilan tahun; Muhammad Harraz, tujuh tahun; Muhammad Hawwas, enam tahun, dan Hannan Humaira, tiga tahun mendapat perhatian Ismail Sabri yang meluangkan masa menziarah mereka.
"Alhamdulillah terima ziarah Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri pada jam 12 tengah hari ini. Sangat baik dan 'humble' orangnya. Siap belanja anak-anak ini McDonald's.
"Banyak yang YAB Perdana Menteri maklumkan untuk bantu anak-anak syurga ni. Seperti bantuan pendidikan, bantuan bulanan untuk datuk nenek dan sebagainya.
"Syukur, Allah hadirkan orang-orang hebat untuk bantu anak-anak syurga ni. Kami dah tak perlu risau lagi memikirkan mengenai masa depan mereka terutamanya berkaitan pendidikan mereka. Terima kasih YAB Perdana Menteri," katanya.
Mohd Ariff berkata sebelum ini, pihak Pejabat Perdana Menteri ada menghubunginya untuk memaklumkan Ismail Sabri mahu menziarahi dan bertemu lima anak saudaranya itu.
Beliau berkata, pada awalnya mereka sekeluarga tidak percaya dan apabila Ismail Sabri muncul di depan pintu rumah, mereka semua terharu dan terkejut.
Katanya, Perdana Menteri tiba pada jam 12 tengah hari tadi dan beliau sempat beramah mesra dengan lima anak saudaranya dan beredar sejam kemudian.
Perdana Menteri sempat memberikan nasihat kepada lima beradik itu selain menghulurkan sumbangan dan menzahirkan ucapan takziah kepada mereka sekeluarga dan menyatakan ingin membantu pendidikan lima anak adik beradik itu.
Lima beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka, Abdul Razak Basiron, 67, dan Intan Sulaiman, 63.
Sebelum ini media melaporkan kisah sedih lima beradik yatim piatu selepas ibu mereka, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada 7 Oktober lalu manakala bapa mereka, Mohd Nasir Tahal, 46, terlebih dahulu meninggal dunia pada 11 Ogos lalu ketika kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat COVID-19.
Amri Hassan
Sat Oct 16 2021
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.