Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

Ernalisa
23/10/2024 05:55 MYT
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz kini sibuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatannya sendiri bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak sehingga hari ini.

BERITA BERKAITAN: "Peluang Dia 50-50" - Isteri Kongsi Keadaan Azlan Komeng, Berkemungkinan Lumpuh

BERITA BERKAITAN: “Lepas Ni Boleh Buat Hal Masing-Masing Kalau Nak, Saya Mungkin Lumpuh…” - Isteri Sebak Dengar Luahan Hati Azlan Komeng, Mohon Doa Cepat Sembuh

BERITA BERKAITAN: Duit Berniaga Hilang Ketika Kemalangan, Azlan Komeng Rayu Dikembalikan - “Kami Harap Kejujuran Anda”

BERITA BERKAITAN: "Ingatkan Pantulan Lampu, Tapi Lori Masuk Jalan Kami" - Azlan Komeng Cerita Detik Cemas Kemalangan, Perlu Bedah Pinggul

Nilam memberitahu Gempak, sos siam itu juga dijual dengan harga berpatutan.

"Alhamdulillah.. buat masa ini saya menjual sos siam yang saya buat sendiri dekat kampung. Apa sahaja kerja yang mendatangkan duit saya akan buat.


"Harga sos yang saya jual pun tak sampai RM30, Insya-Allah mampu milik.. jadi mana-mana yang nak rasa bolehla support. Rasa dulu, sebab ini buat sendiri," katanya yang giat menjual sambalnya di TikTok.

Bagaimanapun, dalam sesi siaran langsung di TikTok, Nilam sedikit sedih apabila sambal yang dijual tidak mendapat sambutan.

"Ala..belum ada sambutanlah abang, orang belum beli sambal kita.. Orang tak nak beli sambal kita," ringkasnya.

Azlan yang berada disamping Nilam hanya tersenyum dan meminta isterinya supaya bersabar.

"Sabar..cuba awak sabar... Ada rezeki kita nanti. Sabar. Insya-Allah," kata Azlan.

Sementara itu, diitanya keadaan terkini suaminya, Nilam memberitahu tiada banyak yang berubah.

Namun hanya mengharapkan ihsan doa orang ramai agar Azlan kembali sembuh.

"Sama sahaja... tak banyak yang berubah. Doa-doakanlah biar Azlan cepat sembuh.

"Kami rancang nak bawa dia (Azlan Komeng) berubat kampung. Saya pun usaha mana yang termampu untuk pulihkan abang," katanya.


12 Oktober lalu, Azlan Komeng bersama isteri terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan di Kuala Lumpur.

Azlan juga berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik.

#Isteri #Jual #Sos #Komeng #Zalan
;