Gara-gara kontroversi yang melanda rumah tangga Shuk Sahar, akaun Instagramnya (IG) kini telah ‘dibanjiri’ dengan kecaman netizen.

Menerusi tinjauan Gempak di beberapa posting Shuk di IG, netizen secara ‘rakus’ menyerang penyampai radio tersebut.

Malah, posting lama yang memaparkan Shuk dan isterinya juga menjadi sasaran netizen.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa marah apabila kes curang tersebut bagaikan ‘pisang berbuah dua kali’.

Namun apa yang sedikit mengecewakan, terdapat juga komen netizen yang dirasakan agak melampaui batas.

Ada yang secara terbuka menyamakan wajah Shuk seperti watak karakter kartun dan beberapa lagi gambaran tidak manis.

Walaubagaimanapun, Shuk sehingga kini mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri.

Terdahulu, episod pergolakan rumah tangga Shuk kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?