Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail reda dengan ujian yang diberikan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan dikenakan tiga sebatan terhadap suaminya itu atas kesalahan merogol.
Menerusi hantaran di ruangan Insta Story, Hana dilihat meluahkan isi hatinya selain memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir kehidupan.
“Mata ini menangis dan hati ini bersedih namun kami hanya akan menuturkaan apa yang diredhai Tuhan kami. (Muhammad S.A.W).
Terdahulu, Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Untuk rekod, Syed telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Hana Ismail pada Disember 2022 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Ogos yang lalu.