Isteri Da'i Syed Reda Suami Terima Hukuman Penjara 10 Tahun - "Saya Dengan Rendah Diri Memohon Doa..."
Ainun
30/08/2024 19:57 MYT
30/08/2024 19:57 MYT
Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail reda dengan ujian yang diberikan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan dikenakan tiga sebatan terhadap suaminya itu atas kesalahan merogol.
Menerusi hantaran di ruangan Insta Story, Hana dilihat meluahkan isi hatinya selain memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir kehidupan.
“Mata ini menangis dan hati ini bersedih namun kami hanya akan menuturkaan apa yang diredhai Tuhan kami. (Muhammad S.A.W).
Menerusi hantaran di ruangan Insta Story, Hana dilihat meluahkan isi hatinya selain memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir kehidupan.
“Mata ini menangis dan hati ini bersedih namun kami hanya akan menuturkaan apa yang diredhai Tuhan kami. (Muhammad S.A.W).
“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan buat keluarga kecil kami. Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan dari kalian. Jazakallah Khair. Salam sayang Baba Nour, Umm Nour dan Lil Nour”, tulisnya.
Terdahulu, Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
BERITA TRENDING: Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman
BERITA TRENDING: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan
BERITA TRENDING: Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”
BERITA TRENDING: Da’i Syed & Hana Ismail Timang Cahaya Mata Pertama, Kongsi Nama & Wajah Anak - “Mohon Doakan Keluarga Kecil Kami”
Untuk rekod, Syed telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Hana Ismail pada Disember 2022 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Ogos yang lalu.