Hiburan

Isteri Fad Bocey Kongsi Petua Banyakkan Susu Badan

gempak
Kamaruddin Razal
29/11/2017
14:00 MYT
Sponsor Banner
Isteri Fad Bocey Kongsi Petua Banyakkan Susu Badan
Isteri kepada Fad Bocey, Syahirah Rahman akui bersyukur kerana susu badannya sentiasa ada dan cukup untuk anak-anaknya termasuk bayi perempuan yang baru dilahirkan pada 19 November lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Syahirah berkongsi petua untuk menambah susu badan berdasarkan pengalamannya sejak melahirkan anak kembar pertama.
Pesan Syahirah, ibu-ibu di luar sana jangan berputus asa jika susu badan sedikit kerana ia perlu cara dan usaha yang betul.
Syahirah mendedahkan petua yang diamalkan sejak melahirkan anak kembarnya adalah makan longan kering dan kurma yang dibeli dari kedai menjual herba dan ubat-ubatan cina.
Kedua-dua bahan itu hendaklah direbus dan diminum airnya dan makan sekali bersama buahnya.
A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on
Anak kembar pasangan ini, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan kini sudah berusia dua tahun.
Teks oleh: Syafiqah Jalal Foto: Instagram Syaheera Rahman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024