Hiburan

Isteri Kecewa, Ippo Hafiz Umpama Sorok Anak - “Di Mana Anak Saya, Dia Nak Apa Sebenarnya?”

gempak
Mya Amri
24/06/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Isteri Kecewa, Ippo Hafiz Umpama Sorok Anak - “Di Mana Anak Saya, Dia Nak Apa Sebenarnya?”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan meluahkan rasa kecewa apabila berdepan dengan masalah dihalang untuk bertemu anak keduanya, Ibrahim Afi Nur.

Di mana Ibrahim?

Menurut Fara atau Norfarahin Roslan, 36, berkata sehingga kini, Ippo masih lagi enggan memberikan sebarang jawapan mengenai keberadaan Ibrahim.
“Saya hanya nak selesaikan hal berkenaan dengan anak sahaja. Saya nak jumpa Ibrahim sebab dah lama tak jumpa dia sejak Februari sehinggalah sekarang.
“Saya cuba hubungi dia (Ippo) tetapi tak angkat, mesej tak juga tidak dibalas. Jadi saya tidak tahu di mana anak saya.
"Sedangkan dia datang hari ini pun tak bawa anak. Di mana anak saya?
“Tadi pun saya ada tanya dan dia tiada jawapan, diam sahaja. Saya tak tahu di mana Ibrahim.
“Saya tak tahu kenapa dan dia nak apa sebenarnya. Saya sangat sangat rindukan anak saya itu sahaja.
“Saya harap proses ini berjalan dengan lancar, mudah, tak perlu nak bergaduh. Jadi kita bincang cara baik. Tak perlu pun benda-benda macam ni, saya tak suka,” ujarnya.
Fara berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sebutan keempat kes tuntutan nusyuz yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Cerai & Hak Penjagaan Anak, Ippo Hafiz Gagal Hadirkan Diri

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Dapat Beraya Bersama, Isteri Ippo Hafiz Dakwa Gagal Hubungi Anak Bongsu - “Kalau Tiada Halangan, Mesti Dah Jumpa Adik”

Tambah Fara, anak pertamanya iaitu Yusof Zarin Nur turut merindui adiknya dan sebagai ibu dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi ini.
"Saya sudah tanya kepada ibu Ippo, kakaknya juga tetapi semua tidak tahu.
“Saya sangat sangat rindukan anak saya, Ibrahim itu sahaja.
"Saya sangat sedih, saya tak tahu di mana anak saya sekarang. Sedangkan Yusof sendiri rindukan adik dia. Saya tidak tahu bagaimana ingin jelaskan kepadanya," ujarnya.
Sementara itu, mengenai sebutan kes nusyuz, peguam yang mewakili Fara iaitu Rezal Mazli Abdul Muin berkata kes ini akan diteruskan untuk pihak pengurusan pada 30 Julai nanti.
"Hari ini kami baru mendapat jawapan kepada pembelaan kepada kes nusyuz ini, tapi masih lagi belum membaca dan meneliti.
"Bagaimanapun mahkamah mengarahkan untuk kes ini diteruskan kepada peringkat pengurusan daripada segi dokumen, keterangan saksi dan akan disebut semula pada petang 30 Julai depan, tapi kehadiran pihak-pihak dikecualikan," jelasnya.
Rezal juga memberitahu anak guamnya sudah memfailkan hak penjagaan hadanah interim yang akan ditetapkan pada 9 Julai ini.
Kata Rezal, pihaknya terbuka untuk berbincang mengenai kes hadanah ini dan berharap dapat diselesaikan secara baik.

"Kami juga sudah failkan hal penjagaan anak dan mendapatkan perintah sementara hak jagaan anak yang mana sudah diserahkan kepada pihak suami.

"Kes ini akan ditetapkan pada 9 Julai dan saya percaya mudah-mudahan kalau kes melibatkan anak, kami akan cuba bincang secara baik. Sebolehnya apabila melibatkan kes anak, diharapkan boleh diselesaikan secara baik," katanya.
Pada 19 April lalu, Ippo memberitahu Ibrahim kini dalam jagaannya dan tidak pernah menghalang Fara datang bertemu kanak-kanak itu.
Fara kemudiannya menyindir kenyataan yang dibuat penyanyi berkenaan dan memberitahu jika benar Ippo tidak berbuat demikian sudah tentu dia sudah bertemu dengan anak lelakinya itu.
Pada 23 April lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan kedua kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya.
Tuntutan dibuat susulan isterinya itu tidak pulang dan keluar rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.
Untuk info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Anak sulung mereka bernama Yusof Zarin Nur, 4, kini dibawah jagaan Fara sementara anak bongsu iaitu Ibrahim Afi Nur, 2, bersama Ippo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live