Viral

Isteri Kemaruk Shopping Online, Suami Rengsa Bayar Hutang Hingga RM700 Sebulan - “Langsung Tak Nak Dengar Kata”

gempak
Izwan Isa
26/03/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Kemaruk Shopping Online, Suami Rengsa Bayar Hutang Hingga RM700 Sebulan - “Langsung Tak Nak Dengar Kata”

Aktiviti membeli barangan atas talian merupakan satu kemudahan yang sering digunakan oleh ramai orang.

Selain penawaran pelbagai produk dari dalam serta luar negara, pembelian atas talian juga dikatakan jauh lebih murah dan mudah.

Terbeban hutang

Namun, pembelian barangan secara online mungkin memberi impak negatif, lebih-lebih lagi jika pembeli menggunakan cara bayaran ansuran yang ditawarkan oleh vendor dan platform berkenaan.

Kesan terbeban dengan bayaran ansuran turut dirasai oleh individu ini yang berkongsi di platform NGL menerusi X.
Menurut individu itu, isterinya gemar membeli barangan secara online sehingga menyebabkan mereka terbeban hutang dengan bayaran mencecah RM700 sebulan.

Bayar sendiri

“Mein macam mana ya nak tegur isteri stop buat hutang dekat Shopee. Sakit Mien hutang Shopee je dekat RM700 sebulan.

“Bila kita tegur langsung tak boleh terima. Langsung tak nak dengar kata,” katanya.
Menerusi ruangan balasan, ramai dalam kalangan netizen mencadangkan supaya si isteri sendiri membayar hutang terkumpul di platform beli-belah online berkenaan.
Sementara itu, seorang pengguna platform X memberikan cadangan supaya si suami membawa isterinya itu pergi bertemu Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Sumber: Platform X Foto: Futurity, 9Bulan10Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Kes Ah Long ‘Naik Hantu’ Sampai Simbah Cat Merah Di Taman Selaseh

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee Bersuara Isu Hutang, Dakwa Semua Hanya Khabar Angin & Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live